JIKA RINDU DOAKANLAH

Assalamualaikum w.b.t

Terlalu banyak yang diperkatakan. Ada yg bersetuju dan ada juga yg tidak berpuas hati.

Bagi aku, setiap orang itu ada peranan masing-masing. Dunia ini semakin dekat pada penghujungnya. Tiada masa untuk bertelaga seharusnya.

Biarlah mereka buat kerja mereka dan kita buat kerja kita. Kurangkan dan hindarilah mengkritik dan mencari sesuatu yg boleh membawa perteligkahan. 

Tidak bersetuju tidak mengapa. Masih banyak ruang lain untuk anda lakukan kebaikan. Bukankah itu lebih baik??

Semoga setiap usaha yg kita lakukan dari sekecil-kecil perkara itu berada dalam pemerhatian Allah. Dah usaha berdoalah. Senjata yg Allah janjikan paling kuat yg diberi pada sang muslim.

Jika rindu, doakanlah yg terbaik dari Allah kepada mereka yg kamu sayangi. Titipkanlah pada tuan-Nya kerana dia yg maha menggerakkan hati.

Jika marah, bersabarlah. Bukankah itu yg tuan-Mu arahkan. Dan mungkin juga diam itu lebih baik.

Pesan murabbi, jangan baca facebook tapi bacalah Al-Quran.

Yang merindui..


CONVERSATION

0 comments:

Catat Ulasan

Back
to top