BATTLE OF RAMADHAN MENCARI AL-QADAR

Assalamualaikum w.b.t

Setiap manusia bergelar muslim akan merasai pengalaman Ramadhan dan setiap perasaan itu berbeza pada setiap orang. Ada sesetengah orang itu baru pertama kali merasai Ramadhan yang begitu syahdu dan menggetarkan jiwa. Ada sesetengahnya tidak lagi merasai nikmat Ramadhan yang pernah dirasai sebelum ini, Ramadhan kali ini terasa hambar. Ada juga yang bertemu kembali rasa yang sebelum ini pernah dirasai tapi sudah lama tidak ditemui pada ramadhan yang lalu dan kini merasa tenang, bahagia dan lebih kasih pada penciptanya. Dan ada juga yang melalui ruti-rutin Ramadhan seperti rutin kehidupan biasa tiada penghayatan. Lalu berhenti sejenak berfikir..Dimanakah kita..

11 ramadhan telah berlalu. Mungkin ada impak ramadhan tertanam dilubuk hati walaupun secalit. Jika tiada, maka segeralah berdoa agar ramadhan kali ini mendatangkan kebaikan pada diri. Semoga Allah perkenankan. Rafakkanlah kesyukuran pada sang pencipta jika hadirnya ketenangan dan kebahagiaan pada Ramadhan ini. Sesungguhnya kalian antara yang beruntung. Beristighfarlah dan mohonlah pada Allah jika kedatangan Ramadhan tidak membawa apa-apa erti dalam kehidupan. 


ERTI RAMADHAN

Sinonimnya ramadhan sebagai bulan keampunan, bulan ibadah, bulan Quran dan bulan ketaqwaan menjadikan ia istimewa. Ada yang berpendapat tujuan ramadhan itu berbeza dengan puasa. Puasa itu bertujuan menjadikan diri lebih bertaqwa kepada allah. Bulan yang menjadi pengukur dan penguat amalan bagi menghadapi bulan-bulan yang mendatang. Ramadhan pulak dikatakan bulan mengenal Quran. Walau apap pun erti ramadhan bagi kalian, semestinya ianya bagi mendapatkan keredhaan Allah. Maka yg terbaik akan mendapat yg terbaik dan kedua-duanya ada termaktub didalam Quran. Berbahagialah.

"Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan atas kamu sekalian puasa, sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu sekalian bertaqwa "( QS Al-Baqarah : 183 )

"Bulan Ramadhan, bulan yang didalamnya diturunkan Al-Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang haq dengan yang bathil ), kerana itu barangsiapa diantara kamu menyaksikan (masuknya bulan ini ), maka hendaklah ia puasa... " ( Al-Baqarah: 185)


MENCARI @ MENUNGGU

Allah datangkan Ramadhan itu dengan berpuasa. Tidak makan dan tidak minum pada siangnya dan beribadah di malam harinya. Disuruh juga dibanyakkan bacaan Al-Quran pada setiap masanya kerana signifikasi Al-Quran itu diturunkan pada Ramadhan atas kehendakNya. Tidak cukup dengan itu, ditambah lagi gandaan pahala bagi setiap amal soleh yang dilakukan oleh hambanya. Nikmat mana yang kita cuba dustakan. 

Segalanya yang Allah berikan bukan untuk diriNYA. DIA tak perlukan puasa kita dan DIA juga tidak perlukan bacaan dan kebaikan yang ada pada kita. Yang perlukan itu semua adalah kita. Allah membantu hambanya dalam menyediakan wadah terbaik untuk beramal dengan ganjaran yang berlipat kaliganda pada bulan yang hebat. Siap yang lebih mengasihi hambanya selain DIA. Ditutpnya pintu neraka, dikuncinya san syaitan, lalu dibuka pula pintu syurga dan dimakbulkan doa hambanya. Masih tidak cukupkah? 

Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra: Bahwa sesungguhnya Rasulullah saw. pernah bersabda : Ketika datang bulan Ramadhan: Sungguh telah datang kepadamu bulan yang penuh berkat, diwajibkan atas kamu untuk puasa, dalam bulan ini pintu Jannah dibuka, pintu Neraka ditutup, Setan- Setan dibelenggu. Dalam bulan ini ada suatu malam yang nilanya sama dengan seribu bulan, maka barangsiapa diharamkan kebaikannya ( tidak beramal baik didalamnya), sungguh telah diharamkan (tidak mendapat kebaikan di bulan lain seperti di bulan ini). - HR. Ahmad, Nasai dan Baihaqy. Hadits Shahih Ligwahairihi.

Ya Allah semoga aku berada dikalangan hambamu yang bersyukur.

Bagi aku yang bergelar wanita, diawal pertemuan Ramadhan sudah membuatkan aku merasa cukup bahagia. Ditambah lagi pabila menunggu saat datangnya lailatulqadar itu. Dalam hati banyak berdoa supaya 'holiday' setiap bulan direhatkan seketika bagi menggapai amal di bulan Ramadhan. Jika hadirnya diawal Ramdhan agak gembira kerana peluang untuk berpuasa pada 10 malam terakhir sangat cerah. Kerana saat itu amat dinanti. Alakullihal, semuanya didalam perancangan Allah. 

Bersedekahlah selagi mamapu kerana ia amat disarankan.

Berpuasalah dari makan dan minum, berkata yang sia-sia dan melakukan yang  tidak berfadah kerana kerugian bagi mereka yang tidak menggunakakan kesempatan Ramadhan yntuk meraih pahala dan kebaikan.

Berbahaslah dengan Al-Quran kerana dia peneman selayaknya di saat Ramadhan.

Dan beramal ibadahlah dengan amalan yang sahih semoga setiap solatmu, tarawikhmu, tahajjudmu dan qiammu sentiasa diterima oleh Allah, tuhan penerima amal yg dilakukan.

Kerana kemuliaan malam itu jelas ditunjukkan dalam kalamNya dan banyak disebut dalam hadis lontaran lisan seorang nabi yang dimuliakan Allah, Muhammad sallahualaihiwassalam. Maka jangan ditunggu, malah teruslah beramal dan berdoa agar dipertemukan dengan LailatulQadar. Malam dimana  pengukuran dan penetapan  amalan, yg baik mahupun tidak, rezeki , kehidupan, kematian dan segalanya pada ketentuan Allah. 




Diakhirnya, hiasilah puasa dengan adab dan syariat, bersegeralah dalam berbuka, dilambatkan dalam bersahur, lazimi kurma sebagai juadah hidangan, dan elakkan pembaziran. Semoga cantiknya puasa itu ditambah degan amalan dan adab menjadikanya satu amalan yang indah disisi Allah. Berdoalah semoga yg baik sentiasa dihadirkan pd diri dan yang buruk dijauhkan pada hati dan sanubari, lalu menjadika insan yg benar-benar bertaqwa.


Intailah lailatulqadar itu pada malam-malam ganjil dari sepuluh yang akhir dari bulan ramadhan 
- HR Bukhari dan Muslim

Semoga setiap gerak laku, lontaran kata, detakan hati menjadiakan aku dan kamu lebih bertaqwa kepada Allah - erti ramadhan .

Pertemukanlah Ya Allah..



Alifah Ahmad
12 Ramadhan 1437H
17/6/2016
Pt.Kudus,Pontian




CONVERSATION

0 comments:

Catat Ulasan

Back
to top