USRAH KELAS KE-3

Aku adalah salah seorang penggerak usrah di kampus.

Aku naqibah, aku juga ahli usrah.


Sebagai seorang yang memegang title naqibah, adalah tinggi tahap expectation adik pada kakak mereka.Tidak kurang juga yang memandang dan menilai.

Hati gembira bila sahabat dan adik-adik bersama mengimarahkan usrah. Terkadang sedikit hampa bila kurang komitmen. Gembira usrah berada dikelas pertama jika diletak dalam senarai aktiviti sosial yang lain. Terkadang juga ia berada di kelas ketiga menzahirkan kejanggalan hati. Kelas ketiga apabila menjadikan alasan hadir ke aktiviti lain untuk tidak menghadiri usrah, kenapa tidak sebaliknya?

Tabahlah 


.......


Apabila ada yang mempertikai keadaan sahabat naqibah yang kurang dalam akhlaknya. Tahukah bahawa mereka sedang bersama dalam tarbiah allah. Mengenal apa itu keindahan islam melalui usrah lalu diangkat bersama membimbing dan dibimbing.

Bersedianya mereka membimbing dan dibimbing dalam masa yang sama tidak seharusnya diperlekeh. Mereka sperti aku, mengenal dan memperbaiki diri ketika bersama dalam usrah. Disini kami belajar mengaji, belajar bersolat, belajar apa itu erti sahabat dan yang paling penting belajar mengenal diri untuk mengenal Allah. Semoga risalah dan islah diri tetap diteruskan.


Bergembiralah dengan janji Allah

“Sesungguhnya Allah Taala tidak memandang gambaran rupa kamu dan tidak kepada bangsa kamu dan tidak kepada harta benda kamu tapi Dia memandang hati kamu dan amalan-amalan kamu.” (Riwayat At Tabrani)

Berusaha menjadikan Usrah kelas pertama

CONVERSATION

0 comments:

Catat Ulasan

Back
to top