Masuk Neraka kerana seekor Kucing


Assalamualaikum w.b.t



Dari Ibnu Umar ra bahwa rasulullah saw bersabda,


"Seorang wanita diazab kerana seekor kucing yang dikurung sampai mati. Wanita itu masuk neraka kerananya. Dia tidak memberi makan dan (tidak juga) minum kepada kucing itu ketika dia menawannya. Dia juga tidak melepaskannya agar dapat makan serangga-serangga yang ada di bumi." 
(Hadis Riwayat al-Bukhari)

Aku terbaca sepotong hadis di blog pelakon terkenal Oki Setiana Dewi yang terkena dengan wataknya sebagai Anna Altafunnisa. Nauzubillah, semoga dijauhkan. 

Peristiwa semalam membuatkan aku sedikit kaget. Semalam aku melanggar seekor monyet ketika dalam perjalanan pulang dari menghantar sahabat ke KTM Bangi. Kehadiran makhluk allah yang seekor ini secara tiba-tiba untuk melintasi jalan sangat tidak diduga. Dengak kelajuan 60 km/j dan kereta di belakang mengekor laju menyukarkan aku untuk bertindak balas. Aku hanya sempat menekan sedikit break, namun terasa ada melanggar sesuatu. Aku yakin monyet itu telah aku langgar.

Hanya jeritan beserta istighfar secara spontan terpacul di bibir. Kepala tiba-tiba terasa berpinar. Aku memandang cermin untuk melihat kereta dibelakang. Alhamdulilah tak ada apa yang tak diingini berlaku, HILUX Putih yang mengekori di belakang masih berada dilandasan yang betul. Peristiwa yang berlaku dengan sekelip mata itu membuat aku beristighfar sepanjang jalan. Rasa berpinar kepala semakin kurang. 

Dengan kelajuan yang minimum, aku meneruskan pemanduan dan fikiran ini teringat akan monyet yang dilanggar. Aku berdoa didalam hati semoga monyet yang aku langgar itu tidak apa-apa. Kalau luka yang dialaminya teruk aku harap Allah matikan monyet tu dari menanggung kesakitan dan jika lukanya ringan moga cepa disembuhkan. Hati ini masih tidak tenang, aku mengambil keputusan untuk berpatah semula . Nak pastikan keadaan monyet yang aku langgar tadi. Namun tiada kelibat monyet dikawasan kejadian. Mungkin monyet yang aku langgar itu tidak apa-apa, aku menyenangkan hati sendiri. 

Ya Allah, aku minta maaf kalau kelalaian aku mendatangkan derita terhadap makhlukmu yang lain. Sungguhnya aku ini kepada apa sahaja kebaikan yang engkau turunkan amatlah fakir. 

Jauhilah aku dari azab neraka kerana seekor monyet ini ya Allah. Haiwan yang kulanggar itu mungkin hanya seekor monyet, namun ia tetap adalah makhluk allah. Setiap perlakuan ia diiringi zikir.  Bagaimana mereka yang melanggar hak saudara seislamku di Mesir,Palestin dan di tempat-tempat yang lain? Semoga Allah membalasnya..



MIAT
*study week


CONVERSATION

0 comments:

Catat Ulasan

Back
to top