HATI aku KOSONG


Hujan renyai-renyai mengiringi jalan aku menuju ke hostel.Malam ni kelas hanya berkadar 1 jam 35 minit dan berbekal 'assignment' yang dibawa aku berjalan laju. Hati terasa berdebar-debar seketika, aku abaikan. Aku memandang keadaan sekeliling yang suram berselaput hujan. Rasa ketidak selesaan pada hati mula menerjah.

Aku menambah kelajuan pada setiap langkah.Ahh, kenapa terasa sungguh kosong. Aku belum menunaikan solat isyak barangkali. Sesampai aku di hostel, terus aku berwuduk dan bersolat. Saat itu perasaan sayu mulai hadir. Solat isyak yang diringi perasaan sayu itu aku cuba atasi. Seusai solat aku membaca beberapa helaian Al-Quran sebagai cara untuk aku tenangkan hati. Alhamdulilah sedikit sebanyak ianya membantu.

Hati aku kosong. Mungkinkah hari ini aku ada buat salah pada sesiapa? aku ada terlupa sesuatukah? Sakitkah hati aku ni? Kenapa rasa kosong ini hadir setelah sekian lama tidak kurasai? 


Mungkinkah aku terlalu sibuk hingga lupa pada Allah. Seakan tanda-tanda kealpaan itu wujud dalam diri. Jiwa ini kosong, mungkinkah kurangnya rasa iman pada aku?Kondisi iman aku sekarang tidak menentu.

“Allahumma inni a’uzubika minal hammi walhazan. Wa’a’uzubika minal ‘ajzi wal kasal wa’a’uzubika minal jubni wal bukhli, wa ‘a’uzubika min ghalabatid daini waqahrir rijaal 

"Ya Allah aku berlindung kepada-Mu daripada rundungan sedih dan duka. Aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan kedekut. Aku berlindung kepada-Mu dari beban hutang dan penindasan orang”.

Ya Allah, kau peliharalah aku dan seluruh kaum muslimin dari segala kecelaan dan kecelakaan. Semoga kami sentiasa tetap pada agamamu. Aku ini hamba yang tidak tahu bersyukur, maafkanlah aku.Tenangkanlah hatiku. Kuatkanlah hati-hati saudara-saudara seislamku, tabahkan hati mereka dengan ujian peperangan, bencana, kesakitan dan kekurangan makanan. Sesungguhnya engkau pemberi rezeki dan sebaik-baik tempat bergantung.


Dalam rasa kekosongan ini mungkin aku sudah lupa, setiap kesedihan ada penawarnya. Allah itu sangat Baik dan bersifat dengan sifat Pengasih-Nya. Dijadikan perasaan sedih itu untuk kita merasa nikmat menuju gembira. Kekosongan jiwa suatu peringatan buat aku agar senantiasa ingat bahawa;

“Janganlah engkau bersedih, sesungguhnya Allah bersama kami” (At Taubah: 40)

Tergolek, diejek, tersungkur, sedih, kosong, rebah, dan segala macam mehnah dan tribulasi adalah dari Allah. Diciptakan ia agar aku berfikir dan menilai. Ada sesuatu yang cuba disampaikan. Sudut penilaian yang berbeza menghasilkan output yang berbeza. Nilai dengan mata hati keimanan bukan dengan perasaan. Inshallah Allah bersama kita.
“ Kesedihan itu hanya akan memadamkan api motivasi, membunuh roh semangat dan membekukan jiwa.” 
“ Kesedihan adalah merupakan sahabat akrab kecemasan.” 
“ Janganlah bersedih! Kerana di sana banyak jalan meringakan musibah.”

Biarkan diri merasa sedih seketika, agar ia mengerti bahawa Allah itu sedang bersama-sama dengan kita. Perbanyakkan istighfar gandakan muhasabah. Kerana ia salah satu lorong yang Allah jadikan buat hambanya yang bersabar. 




UniKL MIAT

CONVERSATION

0 comments:

Catat Ulasan

Back
to top