SUDAH TIBA WAKTUNYA

Helaian demi helaian diari itu aku selak,
ada satu ayat yang amat menarik perhatian aku


" Kerja safety bukan untuk dapat duit banyak tapi untuk dapat redha allah"

Kelemahan diri:
Malas bersenam
Malu tak bertempat
Cepat terasa bila ditegur
Cepat marah
...
..
.

Kelebihan Diri:
Pemaaf
Suka tolong orang
Pemalu
...
..
.

PERTAMA DAN SELAMANYA

Pertama dan selamanya.. Mungkin itu adalah ungkapan yang akan ku ingat selamanya. Setiap kali bermulanya perbincangan pasti ayat itu menjadi pembuka kata. 


Pertama dan selamanya kita bersyukur kepada Allah,

Pertama dan selamanya, dengan izin-Nya dapat berjumpa,

'Pertama dan selamanya' mungkin yang terakhir dan tidak didengar darinya,

'Pertama dan selamanya' trademark yang hanya tinggal kenangan..

Helaian seterusnya diselak..

Aku terdiam seketika, senarai hutang piutang kawan dan rakan dicatat dengan teliti. Seperti sudah bersedia akan waktunya. Dari sekecil-kecil hutang semuanya dicatit yang didalam satu buku catatan berwarna gelap.

Helaian ke berapa aku pun tak pasti, mukasurat seterusnya ditatap..

Kalander,

Terdapat bulatan-bulatan kecil pada setiap nombor pada kalander. Bersebelahan dengan nombor yang dibulatkan tertulis nama-nama yang cukup aku kenal. Izzuan, Hakim, Azhar, Rasyid, Syaza, Aina, Nadia..lebih dari 20 nama yang dicatit sebagai tanda peringatan hari kelahiran. 

....

DIA

Jika dilihat pada susuk tubuhnya yang sedikit berisi, dan sedikit rendah sedikit sebanyak menonjolkkan riak kecomelannya. Berbekalkan sifat yang agak manja tidak menjadikan dia seorang yang berharap pada orang lain. Kepelatan lidah dalam melontarkan makhraj 'R' menjadi gurauan buat sahabat dan menjadi pengerat hubungan walau cuma seketika. 

Keakrabanku mungkin tidak sehebat sahabat yang lain, namun aku ikuti segala perkembangannya. Kepedulianku mungkin tidak terzahir pada tutur kata bicara mahupun post mesej pesanan ringkas. Namun aku sentiasa berharap yang terbaik untuknya. 


Hanya kenangan..

Kenangan sewaktu mengangkat meja bersama, dimarahi bersama, berhalaqah bersama, berkongsi pengisian bersama, bergerak kerja bersama, beriadah bersama, makan bersama, berlari bersama, mengaji bersama, tasmi' bersama, berusrah bersama, malah menjadi orang tengah untuk menyunting bunga ditaman, segalanya tinggal kenangan.


Namun itu masih tidak membuatkan aku cukup mengenalinya

Sepertiya aku masih tidak mengenalinya, 

Sungguh aku masih tidak mengenalinya..



Pernah dahulu aku menulis sesuatu mengenai sahabat..(klik) Mungkin ketika kerinduan yang melanda diri. Semoga kalian senantiasa tenang dijalan perjuangan. Kerinduan itu muncul kembali. Kali ini dengan perasaan yang berbeza. Semoga rohnya dirahmati dan ditempatkan dikalangan golongan yang beriman.

Kematian itu pasti, tidak kira tua atau muda. Mungkin ketidakpercayaan akan sesebuah pemergian membuatkan kita tidak meredhai pemergiannya. Yakinlah setiap pemergian yang berlaku itu didalam perancangan Allah. 

kullu nafsin dzaaiqatul maut
Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati
Al-Imran :185

Semoga setiap pengorbanan mu mendapat ganjaran dari Allah. Hanya doa dan al-Fatihah penyambung ikatan.

Al-Fatihah buat..
Mohd An-Naim B. Ali









CONVERSATION

0 comments:

Catat Ulasan

Back
to top