Panduan Musafir 1 - Solat


Makin lama makin exited pulak nak travel. Maklumlah tak pernah lagi pergi jauh. Paling jauh pon pergi Sarawak. So  disebabkan aku ni nak bermusafir di negara orang aku kena buat preparation lebih.


YUP, mentally and physically prepares!

Sebagai seorang yang mengaku Allah tu tuhan yang wajib disembah, benda yang penting kena mahir ialah bab solat. Tak guna jauh berjalan, kalau solat tertinggal kan. 

Nabi kan dah pesan;

أَوَّلُ مَا يُحَاسَبُ بِهِ الْعَبْدُ الصَّلَاةُ

Amalan pertama yang dengannya seorang hamba dihisab adalah shalat... (HR. An-Nasai no. 3926 dan selainnya)

 TIME/MASA

So firsr of all, kenalah tahu waktu solat tempat kita nak pergi tu. Kalau main harung je solat tu, memang tak sah la kan. Bagi yang nak berjalan jauh tu pastikan anda tahu bila masuknya waktu. Cara paling mudah - download jer apps kat google play. Kan dunia sekarang dah maju, jangan sia-siakan teknologi yang ada. Siap ada kiblat lagi. 

Allah kan dah bagitahu ;

 "..Sesungguhnya solat itu adalah kewajiban yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman". [An-Nisaa:103] 

Sebagai plan B, cuba ambil inisiatif untuk belajar cara menentukan masuknya waktu solat menggunakan alam semulajadi. Mana la taw tiba-tiba gadget habis bateri, tak ada rujukan selain nature. Kan ianya sangat membantu.



Ini adalah cara yang ringkas nak tahu masuknya waktu solat. Kalau nak lebih detail boleh la tanya yang lebih arif ye.Pastikan anda benar-benar yakin apabila menggunakan cara ini. Cuba tambahkan ilmu dengan lebih mendalam ye. Semoga usaha kita diterima Allah.

Subuh - Berlaku apabila terbit fajar siddiq. Fajar siddiq ni cahaya warna putih 

Zuhur - Solat Zuhur boleh dilaksanakan apabila tergelincir matahari. Maknanya jika kita pacakkan kayu lurus berukuran 50cm -1 m dan kelihatan bayang-bayang kayu ke arah timur sekitar 1-3 cm maka dah masuk waktu zohor. Kalau tak ada bayang-bayang tu maknanya belum masuk waktu (matahari tegak atas kepala)

Asar - Apabila bayang-bayang kayu yang dipacak sama panjang/ lebih panjang dari kayu, maka masuklah waktu asar

Maghrib - Waktu maghrib tiba apabila terbenam matahari dan langit ke'oren' merahan.

Ertinya: “Dan waktu maghrib adalah selama syafaq (warna kemerah-merahan) belum hilang.” (HR. Muslim no. 967 dari ‘Abdullah bin Amr bin Ash)

Isyak - Awal waktu Isyak adalah setelah hilangnya warna kemerah-merahan di langit sesuai dengan sabda Nabi sallallahu alaihi wassalam:
 
 Ertinya: “Adalah Nabi sallallahu alaihi wassalam melakukan solat Isyak ketika terbenamnya warna kemerah-merahan.” (HR. Muslim no. 969 dari Abu Musa Al Asy’ari)




SOLAT JAMA'

Selain tahu waktu solat, hadiah terindah buat para pengemabara di bumi Allah adalah kemudahan solat. Solat Jama' dan Qasar dilakukan oleh mereka yang bermusafir. Tetapi kebanyakan orang masih keliru tentang cara perlaksanaan solat ini (termasuklah aku). So, disini ada sedikit pencerahan tentang solat qasar dan solat jamak. Sumber dipetik dari ustaz Zaharuddin.net dan & ASMAH ALIAS. UiTM.

1) Solat Qasar

Sekiranya anda bermusafir ke sesuatu tempat yang perjalanannya melebihi dua marhalah atau 89 kilometer, maka diharuskan untuk mengqasarkan solat.

(Dua marhalah bersamaan empat burudin di mana setiap burudin mempunyai empat farsakh dan setiap farsakh terdiri daripada 5514 meter mengikut kiraan moden. Dari itu, dua marhalah adalah bersamaan 89 km.)

“Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat jika kamu takut diserang oleh orang kafir…” [an-Nisa’ : 101]

Bahkan dalam satu hadith Riwayat An-Nasa’i dan Abu Daud, Rasulullah s.a.w mengharuskan para sahabat mengqasarkan solat walaupun bermusafir dalam keadaan aman.

Qasar adalah memendekkan solat, yang 4 kepada 2.

Syarat qasar :

1) Jarak perjalanan > 89 km

2) Bermusafir tidak melebihi 3 hari penuh (tidak termasuk hari berangkat dan pulang)

3) Sudah memulakan perjalanan dan keluar dari mukim atau kawasan kampungnya.



Apa bezanya solat qasar dan solat jamak?

2) Solat jamak

Pada asasnya, solat jamak tidak berkaitan secara langsung dengan solat qasar dan ianya boleh dilakukan atas pelbagai keperluan yang dibenarkan syarak. Solat jamak maksudnya menghimpunkan solat tanpa mengurangkan rakaat.

Perkara yang membolehkan jamak:

Dalam Syarah Muslim, Imam al-Nawawi r.a berkata: “Beberapa imam membolehkan jamak bagi orang yang tidak musafir, bila terdapat suatu kepentingan, asalkan hal itu tidak dijadikan kebiasaan. Ini juga merupakan pendapat Ibnu Sirin dan Asyhab dari golongan Maliki, juga pendapat al-Quffal dan al-Syasy al-Kabir dari golongan Syafi’i, juga dari Ishak Marwazi dan dari jemaah ahli hadis, serta pendapat yang dipilih oleh Ibnul Mundzir. [al-Majmu’, jil. 4, ms. 264]

Dalam kitab feqah karangan Dr. Basri Ibrahim ada menjelaskan keharusan jamak kepada beberapa golongan yang memerlukan seperti sakit, ketakutan, pekerjaan yang punya maslahat kepada umat, bencana alam dan musafir. Bahkan syarat bagi musafir untuk menjamakkan solat tidak diwajibkan melebihi dua marhalah. Waima orang yang terperangkap dalam kesesakan jalan raya dan tidak mampu keluar dari situasi tersebut boleh berniat jamak, dan melaksanakan solat jamak ta’khir apabila sampai di rumah. Ini kerana solat jamak tidak terikat kepada syarat jarak perjalanan, musafir, bermukim dan keluar dari mukim.


2 Jenis solat jamak yang anda sedia maklum:

1. Jamak Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Maghrib.

Syarat jamak Taqdim :

i) Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya'.

ii) Hendaklah niat Jamak Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul ihram.

iii) Berturut-turut di antara solat yang dijamakkan itu.

iv) Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya’).


2. Jamak Ta’khir pula ialah mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’.

Syarat jamak Ta’khir :

i) Hendaklah berniat jamak ta’khir dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib. Tidak sah solat jamak ta’khir yang dilakukan akibat luput waktu solat, tanpa diniatkan sedari awal waktu solat yang pertama.


Jadi, apa perbezaan jamak qasar dan jamak?

Sangat berbeza kerana,

1. Jamak qasar bermaksud menghimpunkan dan memendekkan, manakala jamak bermaksud menghimpunkan sahaja.

2. Jamak qasar hanya dibenarkan bagi orang yang sedang bermusafir melebih 2 marhalah dan singgah tidak melebihi 3 hari penuh.

3. Jamak pula dibenarkan pada pelbagai keadaan mengikut keperluan yang syari’e.


Lihat situasi berikut :

Contoh 1: Ulama membincangkan masalah solat jamak sebelum memulakan perjalanan. Jumhur ulama berpendapat, boleh menjamakkan solat sebelum bertolak sekiranya dibimbangi berlaku kesukaran untuk solat dalam perjalanan. Pendapat ini berdasarkan hadith:

"Rasulullah saw menjamakkan solat Zohor dan Asar di Madinah, pada masa itu tiada ketakutan dan tidak pula musafir, Abu al-Zubair berkata : Aku bertanya kepada Sa'ed (iaitu Ibn Jubair), Kenapa baginda melakukan begitu? Dia berkata, Aku telah bertanya Ibn 'Abbas soalan yang sama, dan dia berkata : Baginda tidak mahu sesiapa dikalangan umatnya menghadapi kesukaran" [Hadith Riwayat Muslim no. 705].

Tapi perlu diingat.. yang dibenarkan adalah solat JAMAK, bukan JAMAK QASAR.

Sekali lagi ditekankan bahawa jamak qasar hanya boleh dilakukan apabila anda sudah memulakan perjalanan dan keluar daripada mukim.

“Diantara syarat-syarat sah memendekkan (qasar) solat adalah hendaklah musafir melepasi pagar kampung (balad) yang dimulakan permusafirannya" [al-Fiqh al-Manhaji 1/187].


Contoh 2: Anda sudahpun dalam perjalanan pulang ke rumah. Akibat kesulitan sepanjang perjalanan pulang menyebabkan anda tidak mampu menunaikan solat dalam perjalanan. Sebagai contoh, jalan yang sangat 'jam' (musim perayaan) yang boleh menyebabkan terluput waktu solat. Maka dibolehkan anda jamak ta’khir di rumah. Sekali lagi ditegaskan, dibolehkan JAMAK, bukan JAMAK QASAR. Kerana jamak qasar tidak ‘valid’ apabila anda telah sampai di rumah.


Contoh 3: Apabila mengalami sebarang kesulitan di tempat anda bermukim (musafir yang melebihi 3 hari), maka dibolehkan jamak. Contoh kesulitan berbeza mengikut situasi. Berada di tempat asing memungkinkan kita berhadapan dengan pelbagai masalah. Hanya yang mengalaminya dapat merasakannya. Jangan tinggalkan solat, sebaliknya jamaklah pada sesetengah keadaan yang sulit. Allah telah memberi kelonggaran kepada hamba-hambanya pada setiap keadaan agar kita menjadi hamba yang sentiasa ta’at.


Syeikh Mohammad Salih al-Munajjid juga pernah menyatakan hal ini :

"Dibenarkan bagi seseorang yang bermukim (tidak musafir) menjamakkan dua solat jika ia menjadi terlalu sukar untuk melakukan solat yang kedua pada waktunya. Kebenaran menjamakkan solat adalah LUAS berbanding dengan memendekkan solat, kerana memendek (qasar) solat hanya dibenarkan kepada musafir sahaja. Akan tetapi jamak dibenarkan kepada musafir dan bukan musafir untuk menjamak solat apabila menghadapi kesukaran menunaikan solat samaada pada waktunya atau didalam jemaah".

Dengan itu, jelas sekali ketetapan untuk solat tidak pernah gugur walaupun kita berada dalam kesulitan. Bahkan Allah telah memberi kemudahan untuk kita tetap ‘thabat’ di atas jalan-jalan orang yang abid.

"(Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran"[al-Baqarah : 185]

"dan Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama" [al-Haj : 78]

Setakat ni dulu perkongsian yang dapat dikongsi. Inshallah next will be Panduan Musafir 2 - Adab Musafir



CONVERSATION

0 comments:

Catat Ulasan

Back
to top