KISAH SI JENAB DAN PAK ABU

Kisah ini berlaku di zaman ortodox send 1997..

Sebagai seorang isteri yang berdedikasi, Jenab memulakan tugas harian sebagai suri rumah dengan membasuh baju. Setiap pagi Jenab akan menyidai baju di ampaian belakang rumahnya.

Suami kepada Jenab, Pak Abu senantiasa memerhatikan isterinya menuidai pakaian melalui cermin tingkap rumah mereka.

Kelihatan pakaian yang dibasuh oleh si Jenab itu tidak bersih. Pak Abu hanya memerhatikan sahaja. Keesokkan harinya, Pak Abu memerhatikan lagi isterinya melakukan rutin menyidai baju. Kali ini baju yang dibasuh oleh isterinya juga kelihatan kotor.



 Setelah seminggu memerhati dan masih juga si isteri tidak membasuh baju dengan bersih, hal ini amat merungsingkan hati Pak Abu. Pak Abu bertekad untuk menegur isterinya. 

Keesokan harinya Pak Abu memeriksa perkembangan si isteri buat terakhirkalinya sebelum menegur. Masih terdapat kotoran melekat pada pakaian yang dibasuh oleh isterinya.

Sedang asyik memerhati, tiba-tiba datang anak Pak Abu bernama Ali mendekatinya. Dengan selamba dia mengelap cermin tingkap yang berada di depan  Pak Abu. Mahu dimarah sememangnya hari ini merupakan hari gotong-royong rumah. Maka dibiarkan sahaja si anak menjalankan tanggungjawab.

Setelah selesai mengelap Ali berlalu pergi. Riak wajah Pak Abu berubah tatkala anaknya berlalu pergi.

Ohh.. pakaian yang dibasuh oleh isterinya bersih dan tidak kotor seperti hari-hari yang lalu.

Rupa-rupanya bukan salah isterinya yang tidak membasuh pakaian dengan bersih, tetapi cermin tingkap yang kotor telah menampakkan pakaian yang bersih itu menjadi kotor. Nasib baik tidak ditegur 'direct' ketika dia mula-mula nampak kekotoran minggu lalu. Mahunya akan berlaku perang dunia ke 2.5.

Dengan rasa yang kesal, Pak Abu pergi menghampiri isterinya lalu meminta maaf dan mengucapkan terima kasih atas segala kerja yang telah dilakukan oleh isterinya sebagai seorang surirumah. Pak Abu mengambil inisiatif untuk menolong isterinya menyidai pakaian di ampaian.

Mereka hidup bahagia selamanya.. (",) bak kata orang putih  'happily ever after'

**cerita ini adalah rekaan semata-mata dn tidak ada kena mengena dengan yang masih hidup ataupun yang mati.

SIMPUL MENYIMPUL

Pandangan mata selalu menipu, apa yang dilihat tak semestinya benar pada dasarnya. Kepastian yang tepat lagi jitu amat penting. Barulah hidup bahagia tanpa sengketa. Kita selalu mendengar khabar angin. Nama pun khabar angin, angin mana nampak, confirm khabar yang kita dapat perlu dicek semula. Contohnya khabar angin dari ;

Mukabuku a.k.a Facebook - jangan asyik sangat nak share benda yang belum tentu sahih

Slot Akasia a.k.a Cinta Jannnah - hehe, tak ada khabar angin pon

Burung Biru a.k.a Tweeter - cubalah tweet statement yang tidak mengelirukan follower, jangan buat havock

Camera belang-belang a.k.a Instagram- sudah-sudah la asyik post pic syok sendiri

Silap percaturan, dosa kering free yang kita dapat. Yang penting biarlah ianya berlandaskan ilmu dan nilai perikemanusiaan bukan perikehaiwanan.

Persepsi








CONVERSATION

0 comments:

Catat Ulasan

Back
to top