Pray for our family


                           

Arghh..tension dengan carry mark aku yang ciput. Mesti effect pointer. Sedih pun ada. Tapi salah sendiri kan. Padan muka. Biarlah, ada peluang lagi, final exam pulun habis-habisan. Inshallah, rezeki Allah yang bagi. Usaha lagi.

Baru carry mark sikit da gelabah kan. Tun jauh nun di sana, bukan setakan carry marks jer negara terancam, nyawa ujung tanduk,lagilah kesian. Ada ko kesah? 

Malas nak pikir pasal markah ke exam ke. Semoga rakyat Syiria, Mesir, Palestin dan lain-lain dieri kekuatan dan bantuan dari Allah. Aku tak ade daya nak tolong. Hanya doa dari jauh. Doa yang menjadi senjata dan kekuatan buat mereka. Buat aku juga, esok exam oii..


MEREKA


Seperti dikisahkan dalam Hadits Riwayat Bukhari dan Muslim, Rasulullah SAW pernah melakukan qunut selama satu bulan untuk mendoakan pembunuh-pembunuh para sahabatnya di Bir Al-Maunah. 

Dari Abu Hurairah RA : 
"Sesungguhnya bila ingin mendoakan seseorang, Nabi Muhammad SAW membacakan qunut sesudah ruku' (Hr. Bukhari dan Ahmad bin Hambal). 

Doa Qunut Nazilah dibaca setiap sholat fardhu jahriyah (mahdzab Hanafi), sedangkan selain madzhab Hanafi, Doa Qunut Nazilah dibaca setiap kali sholat fardhu. 

ERTI DOA QUNUT NAZILAH 

Qunut ertinya membaca doa kerana sesuatu bala bencana supaya kita dilindungi Allah dari bahaya. 

CARA MEMBACA QUNUT NAZILAH 

Qunut Nazilah boleh dibaca pada setiap solat fardhu: Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh. Ia dibaca pada rakaat terakhir selepas bangun dari Ruku’ untuk ‘Itidal, iaitu selepas membaca 

Doa dibaca ketika berdiri untuk I’tidal. Ada tiga cara membaca doa tersebut. Imam boleh memilih salah satu dari cara-cara berikut: 

1. Membaca doa Qunut sepertimana yang biasa dibaca ketika solat Subuh. 
2. Membaca doa Qunut Nazilah sahaja sepertimana yang di dalam lampiran 
3. Membaca doa Qunut subuh dan diikuti dengan doa Qunut Nazilah . 

Peringatan: 
• Jika para Imam tidak menghafal Qunut Nazilah yang dilampirkan, bolehlah membaca doa qunut sepertimana dalam solat subuh. Kemudian doa nazilah ini boleh dibaca selepas solat. 
• Imam hendaklah meberitahu para jemaah bahawa qunut akan dibaca di dalam solat agar mereka meng-aminkan bersama doa tersebut. Mari kita bacakan doa ini untuk saudara-saudara kita kaum muslimin dimana saja berada, khususnya yang sedang terkena ancaman, penganiayaan, dan penindasan musuh-musuh Allah.

 Inilah Doa Qunut Nazilah (Hadist diriwayatkan oleh Umar Bin Khatab) :


sumber: JAKIM

MIAT

CONVERSATION

0 comments:

Catat Ulasan

Back
to top