LAWAK SEBELUM PUASA



Ada tiga orang sahabat si A, si B dan si C, yang tinggal serumah di sebuah apartment setinggi 60 tingkat. Pada suatu petang setelah habis bekerja, mereka pun pulang ke rumah. Kelihatan ramai orang sedang berkerumun di depan lif. Rupa-rupanya bekalan elektrik terputus dan lif tidak berfungsi…. 

si A : Macamana ni…rumah kita lak atas sekali? 

si B : Aduhhhh…pening kepala ni, nak panjat tangga larat ke..? 

si C : Aku rasa baik kita panjat tangga je…kita pun tak tahu bila agaknya elektrik ada balik. Waktu berbuka nak dekat ni.



si A : Aku ada satu idea, kita panjat tangga sambil bercerita, tapi kita kena bercerita perkara sedih je, sebab kalau kita buat cerita lawak…kita akan terasa sesak nafas sebab ketawa…biar kita serius dengar cerita.  Mereka pun bersetuju, so mereka mulalah melangkah kaki memanjat tangga untuk ke tingkat 60.  si A mula bercerita…. 

si A : Aku masa kecil punyalah sedih dalam sejarah hidupku…aku membesar tanpa bapa, bapaku meninggal semasa aku dalam kandungan, dari kecil aku….bla bla bla bla bla…..Punya la sedih mereka mendengar cerita si A hingga meleleh leleh…sedar tak sedar mereka dah sampai kat tingkat 20. Mereka berhenti sekejap bukannya kerana penat tapi berhenti untuk lap air mata…kemudian mereka kembali memanjat sambil si B pula bercerita…. 


si B : Sejarah hidup aku lagi sedih, semasa umur aku 5 tahun, kedua ibu bapaku meninggal dalam kemalangan jalanraya…aku dibesarkan oleh abang sulung ku saja yang pada tu berumur 15 tahun. Abang sulung ku tak bersekolah dan dia bekerja untuk menyara aku adik
beradik seramai 4 orang… bla bla bla bla…… 

Sekali lagi mereka bertiga meleleh sedih….punyalah lama cerita si B dengan tak sedar mereka dah sampai ke tingkat 55. Hanya 5 tingkat je lagi… sambil melangkah memanjat tangga yang ketingkat 56, si C mula menyampuk 


si C : Alaaaaaa…korang punya cerita tak sedih lagi…cerita aku lagi sedihhhh punya.

si A : kau ada sejarah hidup sedih juga ke…? 

si C : emmmm…mungkin hari ini dalam sejarah… 

si B : cerita je la…kita dah tinggal 4 tingkat je lagi 

si C : aku sedih kerana…KUNCI RUMAH KITA, AKU TERTINGGAL DALAM KERETA….UWAAAAAAAAAAAAAAA


KESIMPULANNYA

Sempena ramadhan yang dah nak dekat ni, Banyak-banyakknlahh bersabar dengan ujian dan cabaran yang datang ye..

SELAMAT MENYAMBUT RAMDHAN AL MUBARAK


CONVERSATION

0 comments:

Catat Ulasan

Back
to top