guna 'kabel' untuk sesuatu kepentingan?

Ada soalan dari seorang sahabat:

Apa pndpt enti mngenai isu mnggunakn"kabel" utk ssuatu kpntingn...
Kabel:org dlm, dn lain2...
Apa pndpt enti...hujah...
Dan jika ada nas dn dalil lbih baik...
Mohon prkongsian ilmu jika x kbrtn...

Sekadar pendapat dan perkongsian,

Kalau dilihat pada istilah ‘sesuatu kepentingan ‘ tu, agak luas definisinya. Tapi dari apa yang ana faham (betulkan kalau salah)..boleh jadi sesuatu kepentingan itu berbentuk peribadi dan mungkin juga berbentuk umum. 

Jika berkepentingan itu lebih kepada peribadi, kena periksa semula adakah tujuan bercanggah dengan islam. Misalnya menggunakan kabel untuk mendapatkan pekerjaan. Boleh jadi ianya diharuskan jika dia, si pemohon menepata syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan. Hanya Cuma dia menggunakan kenalan yang mungkin ahli keluarga atau kawan terdekat sebagai pemudah cara. Keputusan samada untuk menerima atau menolak permohonan ‘kabel’ adalah diatas kuasa ketua/pemimpim/director/dean. Tidak salah jika menggunakan kabel kalu itu asbabnya.



Sedeqah kepada orang miskin mendapat satu sedeqah, namun apabila diberi kepada yang punyai pertalian (kerabat), dua pahala iaitu satu sedeqah dan satu lagi adalah merapatkan hubungan

( Riwayat At-Tirmidzi : Hadis Hasan)

Tapi sebaik-baik pemimpin adalah pemimpin yang meletakkan sesuatu pada tempatnya. Konsep adil tu termasuklah jujur pada bidang kerjanya, amanah dalam kuasanya dan bijaksana dalam menilai kredebiliti seseorang. Jika mengambil seseorang itu mengikut kepntingan akan mendatangkan mudharat yang lebih banyak dari kebaikan kepada orang lain, maka perlulah dijauhkan dan ditinggalkan.

“Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menetapkan hukum antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menetapkan hukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa melihat.” (Surah an-Nisa; Ayat 58)
 
Boleh jadi juga ‘sesuatu kepentingan’ itu menjadi haram jika ianya bercanggah dengan syara’. Contohnya  jika berlaku sogokan atau rasuah or godaan yang membolehkan dia menerima pekerjaan tersebut. So terang-terang la salah. Matlamatnya betul untuk mendapatkan pekerjaan yang halal, tapi caranya salah, maka ia adalah sesuatu yang salah.

Dari Abu Sa’id, Sa’ad bin Sinan Al Khudri radhiallahuanhu, sesungguhnya Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda : “Tidak boleh melakukan perbuatan (mudharat) yang mencelakakan diri sendiri dan orang lain“
 
Bagi mereka sepatutnya tidak layak dalam permohonan tetapi menggunakan kabel dan akhirnya Berjaya mendapat pekerjaan atau melanjutkan pelajaran.. kalau ikut logic akalnya ianya suatu kesalahan, dan ianya menzalimi mereka yang sepatutnya berhak. Untuk menentukan hukumnya, maaf ana tidak tahu. Tapi atas dasar sesuatu nilai, ianya sesuatu yang kurang nilainya di sisi ajaran ISLAM mahupun Dunia. Kerana Islam itu agama yang baik lagi membaikkan. Agama yang tidak menzalimi dan agama yang Selamat.

“Wahai orang-orang yang beriman, masuklah Islam secara kaffah (menyeluruh) dan janganlah kamu mengikut jejak syaitan, sesungguhnya (syaitan itu) adalah musuh yang jelas bagi kamu” [Al-Baqarah: 208]

Akhir kalam, kalau betul kita percaya pada rezeki Allah, inshallah walau tidak menggunakan kabel sekalipun, Allah itu maha pemberi rezeki, usaha, usaha dan percaya padaNya.,inshallah segalanya terasa kaya dengan rezekiNya. Kalau Allah nak bagi, sekarang juga dapat.

Maaf, ana bukan orang yang ‘ahli’ dalam hal ni, cumanya boleh berkongsi pendapat dan ilmu yang diyakini. Kalau nak jawapan yang lagi sahih, leh la Tanya pada ustaz2 yang lain ye. Wallahualam.




MIAT
21 Jamadilawal 1434H
2/4/2013
6.14 p.m  

CONVERSATION

1 comments:

Catat Ulasan

Back
to top