F.U.*K TU APA?

Kejadian ini berlaku petang tadi waktu Malaysia 2.40 p.m

"Fu*k!" tone yang keluar dari mulut JB(bukan nana sebenar,JB ialah peminat Justin Bieber)

Kata tersebut ditujukan kepada Gong Yoo (bukan nama sebenar, orang ckp muka dia macam Gong Yoo).


Kesian,tak pasal-pasal kena maki free.

Aku dan Fiez saling berpandangan. Apesal la dengan budak JB ni,tibe-tibe je nak mencarut. 5 saat kemudian, Fiez melontarkan satu persoalan yang aku sendiri kurang pasti apa jawapannya,

"Kak, Fu*k tu ape?"..

"Ermm.. " aku diam seketika, ape ek? memikirkan maknanya

" Tah la fiez, yang akak taw maknanya tak baik. Tapi pengkhususan kepada makna tu akak tak dapat nak justify"..aku menjawab

"Cuba tanya Goong Yoo, mesti dia taw"..aku memberi cadangan bagi menyelesaikan tanda tanya yang tak berapa nak membina.

" GY, FU*c tu maksud dia ape?" Fiez bertanya tanpa malu

"Wooo.." GY memberikan reaksi terkejut lagi pelik

"Tak payah la taw, tak elok la makna dia" tambahnya cuba untuk mengelak

" Kitaorang taw la makna dier tak baik, tapi apa maknanya" Fiez menyangkal 

" Tak yah la, Daus..ko g taw la diorang" soalan itu ditolak kepada kawan disebelah

"taw tak dubur..korang nak jawapan yang open minded ke close?" dalam nada sangat perlahan perkataan itu dikeluarkan sambil mengenakan cadangan lain

Tak sempat nak buat pilihan, Madam da sampai. So persoalan terputus disitu

So, atas inisiatif sendiri aku pon google maknanya. Oh, itu ke maksud dier. Pelik..kenapa la diaorang suka cakap bahasa macam tu. Memang la kedengaran tak elok, tapi yang tak elok dibiasakan maka jadilah ia elok. Lumrah dunia.

Macam sumpah-menyumpah jugak, bila selalu sangat dok angkat sumpah. Maka sumpah menjadi sampah yang bersepah-sepah. Manusia melepaskan diri dengan cara bersumpah sehinggakan hilang rasa takut pada Allah. Masing-masing bersumpah menutup masalah. Bersumpah dengan anam Allah, Nauzubillah.

AT-10-TION: Post ni bukan betujuan untukenggalakkan lagi penggunaan bahasa kesat atau licin. Just sebagai rujukan. Jangan taw nak mencarut jer. Bila tanya terkemut-kemut nak jawab.
Fuck ialah sepatah perkataan bahasa Inggeris pasar yang sebagai satu kata kerja, bermaksud "berhubungan seks dengan". Penggunaannya menjadi larangan dalam kebanyakan keadaan, tetapi juga biasa dalam sesetengah keadaan yang tertentu atau sesetengah kumpulan sosial. Ia belum diterima sebagai perkataan baku (rasmi) tetapi digunakan dalam keadaan tidak rasmi.- Sumber : Wikipedia
Dan tak payah nak selalu sangat sebut perkataan tu. Ibaratnya ia suatu kezaliman pada kami ni. Sakit telinga dan hati mendengarnya. Korang best la nak menyebut F-words tu pada yang ramai. Yang menyebutnya soorang, yang menerima gelombang bunyinya ramai,


Mengikut teori yang dibuat oleh lembu kucing dan ayam peliharaan zahora- Makin ramai yang dengar orang mencarut, makin banyak hati yang sakit, bila banyak sakit maka banyaklah bencinya. Dari mulut turun ke hati. Jangan sampai kepada tindakan, parah jawabnye.

Cuba bawak istighfar banyak-banyak. lagi elok

Jangan bila ditanya maksud istighfar tu ape korang tak taw. F-words boleh taw, takkan ayat allah tak taw. Tepuk dada tanya iman la,Jangan ditanya pada selera.Apa ada pada selera,hanya pemuas nafsu yang seketika.
Rasulullah s.a.w pernah memberikan peringatan bahawa: seorang mukmin bukanlah tukang mencela, tukang melaknat orang, tukang berkata kotor dan berkata rendah. Syurga itu diharamkan bagi setiap orang yang berkata kotor untuk memasukinya.


p/s: hari ni emosi sikit dek kerana F-words ni. Walaupun hakikatnya ianya hanyalah bahasa ciptaan dunia.

CONVERSATION

0 comments:

Catat Ulasan

Back
to top