MEMALUKAN BETUL

Assalamualaikum,

Tarikh appointment yang sepatutnya adalah 12/11/2012, tapi disebabkan tersilap tengok aku hampir pergi checkup pada 12/12/2012. Mungkin aku terlalu teruja  dengan tarik yang kontrovesi tu sampai tersilap tengok. So,terpaksalah aku postpone appointment ngan doktor. Tarikh baru 31/12/2012. 'BEBEH' bak kat Huda,melabelkan aku sebagai 'clumsy'.

31/12/2012,Hospital Putrajaya- Menunggu giliran pada hari tu sangat berlainana. Ini kerana keadaan sangat lancar. Panggilan nombor bergilir-girir bertukar dengan ritma yang sekata. Sangat cepat proses pendaftaran, jika mahu dibandingkan dengan 8 pendaftaran yang lepas. Seusai itu, aku perlu melakukan x-ray di unit pengimejan.

MALU

"PUAN ALIFAH.."

Sejak bila pulak aku kawin? Puan? Ades, menusuk kalbu betul. Aku hanya mengukir senyuman lalu masuk. Ohh! mungkin dia nampak aku pakai inai kat jari tangan kot. Ceh!  yoyok oo je, aku teka je. Masuk je dalam bilik datang seorang lelaki india, juru x-ray yang bertugas. 

"Puan, salin baju ye. Pakai baju putih ni." Dia bagi aku baju putih khas untuk dipakai ketika x-ray.

" Puan kena buka baju dalam skali ye" tambahnya


Ades malu, aku taw la. Ni da kali ke 8 kot aku wat x-ray. Takkan tak tahu. Tapi mungkin ianya salah satu procedur aku layankan jer.Settle salin baju aku keluar untuk si x-ray. Macam biasa ingatkan aku kna baring kat' tempat tu' (tak taw name). Rupanya tak.

MALUNYA

" Puan berdiri kat belakang tu ye..'' Arah lelaki india tu sambil menunjuk ke arah satu mesen x-ray.

Dengan pantas aku berdiridi belakang mesen x-ray. Sambil aku memegang baju yang besar lagi tidak tidak selesa, aku berdiri tercongok di situ. Tiba-tiba..

"Eh, kenapa menyorok kat belakang tu? " Tegur juru x-ray sambil menahan ketawa

" Akak kena berdiri kat depan mesen ni, jangan menyorok kat situ" sambungnya sambil menunjukkan tempat yang sepatutnya aku berada

Ades! lagi kemaluan yang berganda. Mana la aku tahu, yang aku taw dulu kena berdiri mengadap dinding, sekarang da lain pulak. Dunia semakin maju la. Aku cuba mengawal ekspresi muka supaya berada dalam keadaan selamba.

'' Tarik nafas dalam-dalam ye, pas tu tahan sekejap" tiba-tiba arahan dikeluarkan


Aku dengan sehabis dalam cuba mengumpul oksigen untuk disimpan di paru-paruku. Tahan. 1,2,3,4....boleh dikatakan lama jugak la aku menahan nafas. Hampir kehabisan nafas dibuatnya. Disebabkan aku ni tersangatlah 'dhobit' lagi taat, aku terus menahan nafas sehingga arahan menghembuskan nafas dikeluarkan.

"OK kak, tak payah tahan nafas lagi" seorang juru x-ray keluar sambil tersenyum memberitahu supaya berhenti

ARRGH MEMALUKAN!

Sangat musykil melihat senyuman yang dilemparkan, siniskah? sepertinya tak. Ah, biarlah. Setelah selesai menjalani x-ray, aku segera berjalan menuju ke bilik persalinan. Dengan pergerakan yang kekok sambil memegang baju yang agan tidak selesa itu, aku beredar.


Mataku terpandang sesuatu yang agak best. Aiseh, apesal la aku pakai 'kain dalam' koyak ni. Disebabkan aku menjadikan kain dalam sebagai kain tambahan untuk menutup stokin disebabkan baju x-ray yang agak singkan. Maka inilah jadinya. Kesan koyak yang amat ketara dan boleh dilihat oleh manusia pada jarak yang agak jauh.  No wonder la dia senyum kambing kat aku. MALU kali ke tiga yang berganda-ganda.Patutlah deorang sengih semacam jer. Ceh!

Mana mau sorok muka! MALUNYEE..

MALU YANG TAK MEMALUKAN




Semua orang tidak terlepas dari menghadapi situasi yang memalukan. Dalam tak sedar sebenarnya malu yang kita hadapi kadang-kadang hanyalah kecil

Apalah sangat malu kerana kain koyak jika hendak dibandinhkan dengan tidak menutup aurat yang merupakan suatu kewajipan.

Apalah sangat malu kerana bertanya dan salah melakukan kerja itu jika mahu dibandingkan dengan malu kerana tidak bertanya sehinggakan apa yang dilakukan menjadi caca merba lagi merosakkan. Malahan ianya menjadi kebiasaan.

Apalah sangat malu dipanggil puan jika hendak dibandingkan dengan malu melakukan maksiat sehingga gelaran ekspres 'puan' pada si dara dinobatkan.

Apalah juga malu itu kerana miskin jika mahu dibandingkan dengan kaya yang dimilik dengan cara yang salah lagi syubahah.

PESAN NABI

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Iman itu ada lebih 60 cabang. Dan sifat malu adalah sebahagian daripada cabang iman.”

Dan kepada insan bernama wanita, gurlz, diva atau princess sekalipun. Ingatlah bahawasanya anda,kamu dan saya adalah golongan yang paling ramai menghuni neraka. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Aku melihat ke dalam syurga, maka aku melihat kebanyakan penduduknya adalah fuqara (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penduduknya adalah wanita.”

(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Abbas dan Imran serta selain kedua-duanya)


Bersiap siagalah wahai adik perempuanku,

Bersiap siagalah wahai kakakku,

Bersedialah wahai saudaraku,

Latihlah diri dengan memkai pakaian malu yang sesuai. Hiasilah dirimu dengan perhiasan malu yang cantik dan bawalah malu itu kemana sahaja agar ia menjadi benteng dan kekuatan buat insan serupa, sepersis dan sejantinaku. Insan bernama wanita.Malu adalah lambang iman yang akan membawa kamu ke syurga.

“Malu dan amanah adalah perkara yang mula-mula sekali hilang dari dunia ini, sebab itu mintalah dengan Allah untuk kedua-duanya” (Riwayat Bukhari)


Allahummasolli ala muhammad, Selaawat keatas nabi s.a.w

KG PARIT KUDUS
12 Rabiulawal 1434
24/1/2013
1.28 a.m

CONVERSATION

4 comments:

Catat Ulasan

Back
to top