BERTUJUANKAH HIDUP INI

Assalamualaikum w.b.t



Alhamdulillah selesai sudah satu pertemuan antara senior dan junior. Selalunya apabila seseorang junior memasuki alam pembelajaran yang baru pasti akan berhadapan dengan kerenah kesenioritian yang sudah lam dipupuk, sejak dibangku sekolah. Bagi yang berasrama penuh pasti sudah biasa dengan hal sedemikian dan merasakan ianya amat jelik. Apa pun kejelikan yang dirasai, itulah satu proses taaruf yang perlu dihadapi oleh sesetengah pelajar.

Mungkin itu yang terbaik bagi seseorang pelajar melalui fasa baru dan mungkin juga ianya yang terburuk. Yang pasti, biarlah ianya dilakukan atas dasar mendidik yang disandarkan dengan nilai-nilai kemanusiaan yang tinggi. Didikan itu apabila disandarkan dengan kasih sayang dan kesabaran pasti memberi sesuatu hasil yang manis. SEMANIS KURMA mungkin.


PERTEMUAN 

Pertemuan yang pertama itu adalah satu titik tolak kepada proses pengenalan yang panjang. Bagi kami yang berada di dalam zon kecil, zon penerbangan ini sedikit sebanyak memberi ruang untuk sama-sama berkongsi pengalaman dan sedikit pengetahuan kepada sang junior. Bukan konsep kesenioritian yang mahu dipupuk, tetapi konsep hormat-menghormati dan saling mengingati yang ditekankan. 

Pertemuan yang dilazimi dengan istilah usrah kadang-kadang dipandang janggal oleh sesetengah orang. Tetapi kini ianya seperti berevolusi menjadi sesuatu yang perlu dan diterima pakai even di Universiti dan kolej. Alhamdulilah, keberkesanan tautan hati ini diakui sendiri oleh golongan pentadbiran. Masakan tidak, suatu sunnah yang menjadi titik tolak kepada penyebaran ISLAM sejak zaman anbiya adalah yang terbaik. Diisi dengan kesedaran spiritual,intelek dan kasihsayang. Itulah keistimewaan sesuatu sunnah.



Rentetan ini pertemuan pertama, mekanisma pengenalan adalah amat dititkberatkan. Biarlah dimulai dengan rasa minat dan dengan kerelaan hati. So untuk permulaan, ianya dimulai dengan tilawah dan taddabur ayat dari Al-Quran.  Pendedahan konsep taddabur kepada junior sedikit sebanyak membantu mereka lebih mendekati Al-Quran. Walaupun ada sesetengahnya tidak langsung mempunyai senaskah Al-Quran dibilik. Hasil dari peminjaman dari seorang kawan membawa mereka kepada kehadiran sumber sahih seorang Muslim dalam diri. Tergagap ketika bertilawah? malu? biarlah ianya menjadi suatu titik perubahan kepada kelancaran. Aku juga pernah merasainya. Inshallah, malu yang sedikit itu akan dibayar dengan ketenangan yang berbaloi.

PROSES

Proses taaaruf yang merupakan asas dalam bulatan ini dilakukan dengan pelbagai method. So, anything yang membawa kepada proses pengenalan adalah diterima. Mungkin dengan cara berkongsi masalah silam menjadi suatu proses taaruf yang berjaya, mungkin juga makan-makan bersama, riadah bersama atau mungkin juga berdiskusi intelek menjadikan proses taaruf sesuatu yang menarik. Walau apa pun caranya, ikatlah hati-hati itu dengan rasa kecintaan kepada Allah. Ianya akan menerbitkan suatu kemanisan dalam bersosial.

Hai manusia,
sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan
dan menjadikan kamu berbangsa – bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal.
Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.
(Q.A Al Hujuraat  : 13)



Kisah perjalanan hidup dari kecil sehingga diluahkan diatas sekeping kertas berbentuk graf. Kegembiraan dan kesedihan di plotkan diatas graf yang selalunya hanya dijadikan suatu asas pembelajaran bagi mengenali statistik sesuatu bidang. Fasa kegembiraan dan kesedihan serta penceritaan yang berbeza-beza membawa kepada cara hidup yang berlainan. Sungguh, tidak ada suatu yang dicipta oleh Allah itu dengan sia-sia. Gembira dan sedih adalah norma kehidupan. Suatu nikmat bagi yang memerhati dan berfikir. Suatu proses kehidupan dalam mencari redha tuhan.



Bila dilihat pada skala graf yang diberikan, sepertinya berlaku gempa bumi di dalam kehidupan. Ada naik mendadak dan ada yang tersungkur jatuh menjunam. Tapi setiap kejatuhan itu disusuli dengan peningkatan yang seimbang. Keseronokan terpancar disetiap wajah si junior apabila menceritakan kembali setiap puncak kegembiraan yang diplot dan ada penyesalan yang diluahkan pada zaman kejatuhan yang dialami pada sesetengah waktu kejatuhan mereka. 




Ketika aku memohon kekuatan,
Allah memberikan aku kesulitan sehingga aku kuat,
Ketika aku memohon kebijaksanaan,
Allah memberikan aku masalah untuk aku pecahkan,
Ketika aku memohon kesejahteraan,
Allah memberikan aku akal untuk berfikir,
Ketika aku memohon keberanian,
Allah memberikan aku bahaya untuk aku atasi,
Ketika aku memerlukan cinta,
Allah memberikan aku orang bermasalah untuk aku tolong,
Ketika aku memohon bantuan,
Allah memberikan aku kesempatan,
Ketika aku tidak pernah menerima apa yang aku minta,
Tapi aku menerima apa yang aku perlukan.



Diakhir pertemuan, satu soalan diajukan untuk setiap orang. Setelah melihat graf kehidupan dari sejak kecil sehingga kini, apa tujuan hidup korang. Bermaknakah sedih dan gempira pada graph yang diplotkan? Bagaimana anda menghadapi ujian kehilangan bapa dan ujian masalah keluarga pada masa lalu?

Masing-masing diam memikirkan apakah tujuan hidup mereka. Tidak mahu memaksa, so mereka yang berjaya itu adalah mereka yang berfikir. Lalu diselitkan suatu potong ayat.

{ وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ }

Artinya: “Tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepadaku.” (QS Adz-Dzariyat : 56)

 Apabila tahu matlamat hidup ini adalah untuk Allah, maka setiap waktu gembira dan sedih akan menjadikan kita lebih dekat pada Allah. Setiap apa yang dilakukan menjadi suatu tanda aras untuk mencapai redha-Nya dan menjadi penguat semangat untuk menghadapi ujian hidup. Kerana matlamat hidup yang jelas sangat membantu dalam pembentukan peribadi seseorang.

Sama-samalah kita perbaiki diri dan tetapkan panduan hidup kerana Allah. Setiap perlakuan dimulai dengan niat kerananya akan ada nilai disisi-Nya. Inshallah



MIAT
19 Rabiulawal 1434
31/1/2013
10.00a.m

CONVERSATION

0 comments:

Catat Ulasan

Back
to top