Oh My Love


Assalamualaikum w.b.t,



Kata orang, cinta itu ajaib. Disebabkan oleh si cinta ini, maka terciptalah pepatah melayu menggambarkan keajaiban cinta - “ Makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah”. Masakan mandi itu tidak basah hanya kerana secebis ‘cinta angkat’ yang mengasyikkan. ”. Bukankah ianya satu yang ajaib lagi mengajaibkan?

Begitu juga hebatnya sang cinta itu, apabila hanya kerana budi pekertinya yang elok, menjadikan sesuatu itu jatuh cinta padanya. Hanya kerana kecantikan dan keelokan paras rupanya, mejadikan ianya dicintai, dan kerana jasa yang dicurahkan, menjadikan ianya disayangi.Ianya menjadi semakin menarik apabila,ianya ditambah pula dengan sifat manusia itu yang secarah fitrahnya ingin disayangi dan dicintai.

Pergh!! tangkap cintan la pulak..

Cinta oh cinta!

Pyar itu cinta..

Amour juga cinta..

Sarang membawa maksud cinta..

Love is always cinta..

Memang tidak dinafikan setiap manusia yang punyai hati inginkan kasih sayang, cintakan keindahan,mendambakan  kesempurnaan dan kekayaan.

Tetapi, sedarkankah kita, jika cinta itu hadir kerana kecantikan sesuatu, maka Allah-lah yang paling cantik. Jika cinta itu wujud kerana budi pekerti yang elok, maka Allah-lah yang lebih elok dan banyak berbudi. Jika cinta itu wujud kerana keadilan, maka Allah-lah yang maha Adil lagi saksama.

“ Jika kamu hendak menghitung  nikmat-ku nescaya kamu tidak akan terhitung”
(Surah Ibrahim 14:34)

Sejauh mana kecintaan itu kita letakkan untuk mencintai ‘pencipta’ rasa cinta ini? Adakan seluas air dilautan, sebanyak butir pasir dipantai, atau sedalam lautan pasifik. Tepuk dada Tanya iman.

Cintakah aku kepada ALLAH?

Jika sudah berpuluh tahun hati ini ditambat perasaan cintakan selain-Nya, buatlah sesuatu. Jika hati ini terpesona akan keelokan rupa sang idola hallyu star. Buatlah sesuatu. Jika hati ini mencintai kebijaksanaan sang genius einstine. Buatlah sesuatu.

Alifah, buatlah sesuatu..

please..

Mulalah memburu cinta ilahi. Kerana hanya dengan ehsan-Nya lah dapat kita merasai nikmat cinta sementara ini. Mulalah memburu cinta-Nya, kerana ia adalah cinta yang layak diburu. Dan tentunya ia tidak pernah mengecewakan.

Ada manusia yang tidak berkesempatan mengenali siapakah pencipta-Nya lalu mati tanpa merasai nikmat cinta ilahi. Ada manusia yang bernasib malang dilahirkan tanpa menemui cinta Allah dan dibesarkan tanpa merasai cinta kepada Allah. Ada juga manusia yang pernah merasai cinta hakiki ini, tetapi nikmat itu hanya sementara. Ditarik kerana Allah berkuasa melakukan segalanya.

" Iman itu bukan angan-angan, bukan pula ucapan, tetapi yang menetap didada , lalu dibuktikan dengan perbuatan."

Bak kata pujangga, cinta itu memerlukan pengorbanan. Inikan pula cinta Allah yang ingin ditagihi. Kecintaan yang mahal untuk dimiliki, tetapi tidak mustahil untuk dikecapi.

"Aku menurut sangkaan hamba kepada-ku dan Aku bersamanya apabila dia ingat kepada-Ku. Jika dia ingat kepadaku maka Aku mengingatinya dalam diri-Ku. Jika dia ingat kepada-ku dalam kelompok maka Aku mengingatinya dalam kelompok orang yang lebih baik dari kelompok mereka. Jika dia mendekat kepada-Ku sejengkal maka aku mendekat kepadanya sehasta. Jika dia mendekat kepada-Ku sehasta maka aku mendekat kepadanya sedepa. Jika dia datang kepada-Ku dengan berjalan maka aku datang kepadanya dengan berlari-lari kecil."-Riwayat Bukhari

Semoga ramadhan kali ini menjadikan diriku ini lebih ingin mendekati sang penciptaku. Masih belum terlambat kan? Ya Allah dekatkan aku kepada-Mu..



13 Ramadhan 1433
2/8/2012
1.07 am
MIAT



CONVERSATION

2 comments:

Catat Ulasan

Back
to top