Kecil, biasa dan remeh


Assalamualaikum w.b.t



Mari kita merosakkan minda seketika. Oppss..silap..seharusnya menguji minda. Maaf, kesilapan teknikal disitu..Maafkan saya (bak kata zizan). Sempena bulan ramadan yang mulia, terasa diri ini mahu memberi 3 soalan cepu emas ala-ala olimpik kepada kalian. Ingin diingatkan bahawasanya,

Soalannya tiada kaitan sama sekali dengan Dato' Lee Chong Wei bersama Lin Dan,

Bukan juga tentang Azizul Hasni Awang dan basikalnya,

Jauh lagi mengenai Baskin Robin bersama free giftnya..

Tetapi,

Ianya mengenai sesuatu yang..

ianya kecil tapi  besar...

Remeh tapi penting...

Biasa tapi luar biasa...

Errkk!!

Apekah yang cuba disampaikan ni?? berteka-teki la pulak. Assignment tak siap lagi ada hati nak berteka-teki. Hampeh!..

Tapi rase-rase ape jawapan yang korang akan jawab ye? (tangan di dagu sambil menjeling assignment disisi)

JAWAPAN

Mahu jawapan?



Soalan yang sama telah diajukan kepada kawan-kawan sekampus, dan alhamdulillah ada yang memberi jawapan, antaranya,

Pokok gunung everest dan jam..

Tetapi 'tidak tahu' merupakan cetusan idea paling famous yang diberikan .It's ok. Tiada betul atau salah dalam teka-teki ini. So no harms k. Just for fun.But for me, i have my own opinion. Mungkin nampak agak cliche, tapi it is just my opinion. 

As we all know (speaking la plak),Tiap-tiap hari kita dapat melihat burung dan boleh melihat burung. Dan dek kerana selalu sangat melihat burung seperti gagak, pipit dan kawan-kawannya berterbangan di awan biru, maka ianya sudah menjadi kebiasaan dan dianggap sesuatu yang biasa lagi membiasakan.

Tapi tanpa disedari kebiasaan yang kita rasai itu sebenarnya adalah sesuatu yang luar biasa. Sangat luar biasa jika ianya dilihat pada konteks yang betul. Barangkali kita lupa atau mungkin tidak tahu bahawa, Allah selalu menyeru kita supaya memerhati agar dapat menambahkan keimanan kita pada-NYA. Disuruh memerhati sesuatu yang biasa adalah kerana disebalik kebiasaan itu ada sesuatu yang luarbiasa.  Luar biasa yang mampu menzahirkan keagung-NYA.


“Tidakkah mereka memerhatikan burung-burung yang di atas mereka mengembangkan sayap-sayap mereka, dan mengatupkannya? Tiada yang menahan mereka (dari jatuh) kecuali Yang Pemurah.” (Al-Mulk 67:19)


Tidakkah kita sedar bahawa,

Dari seekor burung itu, membolehkan ilmuan seperti ibnu Firnas menghasilkan konsep kapal terbang pertama yang akhirnya digunapakai oleh para ilmuan yang lain. Begitu juga prinsip aerodinamik yang diambil dari seekor burung lalu diterjemahkan ia menjadi sebuah 'burung besi' yang mampu membawa manusiawi merasai nikmat suasana atmosphere yang mungkin suatu ketika dulu mustahil untuk dicapai.

Tidakkah kita sedar,

Dari sebiji epal yang jatuh ke bumi juga menemukan Sir Issac Newton itu kepada hukum Newtonnya. Bukankah ianya sesuatu yang biasa jika sebiji epal jatuh ke tanah? Luar biasa kan bila hukum newton itu tercipta oleh kerana sebiji epal.

Segalanya terjadi apabila sesuatu yang biasa itu dilihat dari konteks yang luar biasa. Hebatkan! Dan sesungguhnya kekuasaan Allah itu amat luar biasa hebatnya.


Dia (Allah) menciptakan langit tanpa tiang yang kamu melihatnya, dan Dia (Allah) meletakkan gunung-gunung di atas bumi mengukuhkan kamu; dan Dia (Allah) membiakkan padanya (bumi) pelbagai jenis binatang. Dan Kami (Allah) turunkan air dari langit, lalu Kami (Allah) tumbuhkan padanya pelbagai jenis ( tumbuh-tumbuhan) yang baik. Inilah ciptaan Allah, maka perlihatkanlah kepadaku apa yang telah diciptakan oleh yang selain Dia (Allah); bahkan orang yang zalim itu dalam kesesatan yang nyata. (Luqman 31:10-11)

Sesuatu yang remeh tetapi penting, juga yang kecil tetapi besar..


 Janganlah kamu memandang remeh kepada kebaikan, walau sekadar engkau bertemu saudaramu dengan wajah yang ceria.” (HR Muslim)"

Setiap hari kita sentiasa tersenyum dan memberikan senyuman pada sahabat. Dan disebabkan terlalu kerap tersenyum maka ianya menjadi suatu yang biasa dan semakin hilang makna sebenar disebalik sekuntum senyuman itu.

Dan mungkin ketika minda separa sedar menguasai diri, kita lupa untuk menilai, mengapa Rasulullah menyeru agar kita tidak memandang enteng akan kebaikan yang dianggap remeh ini?

Bukankah ianya hanya sekelumit senyuman..

Sungguh, sesungguhnya nilai perumpamaan akan kebaikan yang dianggap kecil seperti senyuman, sedekah dengan buah tamar,bahkan  mebuang kayu dijalanan adalah amat besar nilainya pada kemanisan iman, dan jika ianya dinilai melalui perspektif yang sebenar, maka ianya merupakan suatu penguat akidah yang membezakan kita sang muslim dengan yang selainnya.

Mungkin bagi sesetengah orang, bersedekah hanya dengan buah tamar tidak mendatangkan impak yang besar. Mana mungkin hanya dengan buah tamar yang sebiji itu mampu mengenyangkan. Tetapi bagi seseorang itu yang percaya akan konsep Allah penentu segalanya, maka tidak mustahil ianya mengenyangkan. Bukankah Allah itu Maha kuasa. Yakinkah kita?Bukankah akidah itu penting? Yakinkah aku?






'Menyelusuri 10 malam terakhir'

20 Ramadan 1433
9/8/2012
4.05 a.m
MIAT

CONVERSATION

0 comments:

Catat Ulasan

Back
to top