AVIATOR TRIP BORNEO


Assalamualaikum w.b.t,




Muka masuk suratkhabar seh. Walaupun hanya suratkhabar keluaran Sabah, ada jugak la muka kat situ. Tapi separuh je muka yang masuk. Ade ke patut diaorg main lompat-lompat pulak time nak amik gambar..haish..! terus muka aku terlindung..(padahal memang disuruh lompat, siape suruh tak lompat)... Apa pon,1st time join program ni,so macam monyet dapat bunga la, Jakun sikit. Ngee~


Bersama committee

Nama program, Aviator Trip Borneo. Satu program anjuran Career and Caunseling Club UniKL MIAT yang mempromosi bidang kejuruteraan Penerbangan kepada pelajar sekolah seluruh Malaysia. Dan Sarawak adalah negeri yang terpilih untuk tahun ini. So ada la jemput media tok wat liputan sikit. (Cam artis pulak)

sewaktu mendarat di sarawak

Yang bestnyer, dengan kadar tambang pergi dan balik sebanyak RM70, alhamdulillah sampai jugak aku  kat Sarawak bumi Kenyalang ini. Rezeki bila ada orang yang nak sponser tiket. Tu yang jadi murah.,Syok giler!

Syok memang la syok, tapi ada misi yang perlu diselesaikan, (ayat nak power).

Apakah misi itu?

 Jeng, jeng, jeng..!

Memperkenalkan MIAT pada semua.~ Promosi, promosi, MIAT 2 singgit, 2 Singgit...

Ehmm!..maaf kecelaruan identiti seketika. Berbalik pada topik asal, Antara aktiviti yang disusun khas untuk para pelajar di Sarawak ialah simulator mengendali aircraft, membuat glider, roket, pelancaran roket, pertandingan glider dan penerangan serba sedikit berkenaan bidang kejuruteraan di MIAT.

Majlis perasmian dan pelancaran roket oleh Penolong Pengarah  Pelajaran Sarawak
Proses membuat roket
menunggu arahan untuk glider dilepaskan


Abis je program, masa untuk menikmati keindahan alam dan menerokai budaya orang Sarawak. Yahoo! Walaupun masa sangat mencemburui kami untuk menjelajah bumi kenyalang yang indah nan permai lagi mempesona (promote) ini.Peluang yang ada takkan nak lepaskan. So kitaorang dengan rushing pergi ke Perkampungan Budaya Sarawak. Inilah hasilnya..

AKU MENJADI ORANG IBAN..



SEKUTU AKU..




GOSIP-GOSIP

Astarghfirullahalazim... laju je kan kalu bab gosip-menggosip nie. Actually, tak de la nak gosip bagi pon, just nak tambah dose yang da serba-serbinya banyak je..hehe..oppss!..Terlebih sudah..

Mohon pencerahan. Ini bukan gosip yer. Ini betul-betul, bukan cobaan. ngee~~

Sepanjang trip ni ada la hikmah yang aku boleh kutip. Walaupun tak banyak, ianya membantu dalam memahami keadaan sekeliling. Antaranya;

We Are Young Aviator
Pertamanya, mengembara bersama antara salah satu cara taaruf yang efektif, dimana kita akan lebih mengenali peribadi seseoang. So, tok trip kali ni aku dapat kenalpasti siapa yang gemar berkaraoke, sukakan pentas, tak segan untuk berjoget lambak diatas pentas, gemarkan berfotografi, arif dalam bidang visual dan editing, siapa yang pandai berkata-kata, siapa yang susah bangun subuh, tak kurang juga yang pandai berlakon. Semuanya lengkap. Rupanya macam gini diaorang ni sebenarnya..^^

Katakanlah: “Mengembaralah kamu di muka bumi, serta lihatlah bagaimana Allah telah memulakan ciptaan makhluk-makhluk dari asal jadinya; kemudian Allah akan memulakan ciptaan itu semula (pada hari akhirat) dalam bentuk kejadian yang baharu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.(surah Al-Ankabut:20)

Di rumah itu..

Keduanya, kekayaan jika dimanfaatkan dijalan yang benar, maka sifat tawaduk kepada Allah akan lahir dalam diri. Dapat aku merasa berada di rumah yang bernilai jutaaan ringgit. Rumah seorang sahabat a.k.a pengarah program kami. Sangat gah rumah itu. Alhamdulillah kekayan itu membuatkan aku berfikir,bahawa ini baru setitik nikmat yang diberi, tak dapat kubayangkan kekayaan-NYA, Subhanallah. 

Ketiganya, Disiplin masa. Kami dapat merasa pengalaman ber'amazing race' di airport. Agak memenatkan,  tapi alhamdulilah masih sempat msuk ke dalam kapal. Walaupun lambat 5 minit. Disini aku merasakan bahawa mengambil enteng perkara remeh boleh menyebabkan kesusahan pada ramai manusiawi yang lain, phew~ 


Masih teringat bait kata-kata yang ditulis akan pengalaman sang khalifah,bagaimana pada suatu ketika Umar mendengar seorang lelaki memuji-muji seorang lelaki lain.

Umar bertanya kepadanya,
 “engkau pernah bermusafir dengannya?”
“Tidak pernah,” jawab lelaki itu.
“Engkau pernah bergaul rapat dengannya?” tanya Umar lagi.
“Tidak pernah,” jawab lelaki itu lagi.
“Demi Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia, sesungguhnya kamu tidak kenal akan lelaki itu!”

-riwayat ibn Abi al-Dunya-




MIAT
18 Jamadilakhir 1433
10/5/2012

CONVERSATION

0 comments:

Catat Ulasan

Back
to top