PERTANDINGAN VIDEO, BEST KE?..



Aku suka tengok video CIK BEAH OSEM, orangnya comel , tingkahlakunya menggamit hati. Walaupun tak pernah berjumpa, mesejnya tersemat dihati.Teruskan dengan usaha anda ye cik beah. You are OSEM sis! Cewahh~


Aku gemar menonton video matlutfi, kerana gaya yang selambe badak, seperti badak di afrika dan kena dengan isu masa kini. Ibaratnya, apabila melihat apa yang disampaikan olehnya seperti dia melempar selipar terompah ke muka. PAP!! Tepat mengena batang hidung. Mujur ianya dilempar oleh muka iras eunhyuk. Kurang sakitnya. Ngee~


Aku baru tertonton video keluaran MrTheAllshared, video oleh pelajar sekolah yang dibuat secara berkumpulan. Walaupun  mereka budak sekolah, tapi 'bapak' lawak giler. Ada mesej tersendiri. Walaupun tak menjadi pelakon terkenal , dan hanya berbekalkan muka sepose, tapi isinya mantop! Semoga usaha mereka diberkati. Tak caye gi search youtube tengok sendiri.

Habis da pasal video-video yang osem lagi bombastik. Aku pun ada satu lagi video nak share. Video yang ni tidak mengetengahkan barisan pelakon popular dan wajah iras eunhyuk (SUJU), tidak mengandungi lawak jenaka dan muka seposen yang ada nilainya, tidak juga dibintangi oleh pelakon hebat seperti Cik beah  OSEM yang kiut-miut. Hanya pelakon tambahan yang dikutip dijalanan yang diketengahkan.

Video siapa?

Video yang aku n kawan aku wat la.Walaupun tak semenarik dan sehebat video yang disebut diatas, tapi aku nak share gak hasil kerja kitaorg. Iulah tujuan artikel ini dinukil. Yang diatas itu hanyalah bunga-bunga ayat sebagai penyeri dan additional info mengenai post kali ini. FYI, Photographer utk video ini adalah dalam kategori amatur. So paham-paham je la ye. 

LAYANN~~



P/S: Alhamdulilah video ni menang pertandingan dpt no 1. rezeki kan, wlpn tak la hebat mane pon.







MIAT
9 Jamadilakhir 1433
29/4/2012






CONVERSATION

3 comments:

Catat Ulasan

Back
to top