KEPADA MEREKA YANG BERGELAR WANITA

 Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca entry kali ni. Sememangnya anda adalah wanita, kalau tak mesti tak hengen nak baca kan? Ops! anda lelaki ke? maaf , entry ini bukan ditujukan untuk anda. Segala ulasan yang mengguris hati anda diluar bidang kuasa kami.

 CAUTION : WOMEN ONLY

Men are allowed but only with women beside (>_<)"



  Kenapa begitu pulak?

Yup! memang begitu. becoz , hari ini aku mahu memuji dan memuliakan wanita lebih sikit dari biasa.

Sesungguhnya wanita itu.....

CANTIK

AYU

SOPAN

 SANTUN

BERSERI

SOLEHAH

SUCI

MURNI

MUSLIMAH



Tak kira la siapa pun anda, jika anda seorang wanita maka terpakailah istilah-istilah tersebut kepada diri anda. Manakan tidak, patutkah gelaran 'ayu' dan 'cantik' itu diberi pada seorang yang bernama ALI. Pelikkan? Inikan pula gelaran si 'solehah' mahu diberi kepada si Kasim yang sah-sah garau suaranya. Mungkin 'santun' itu boleh diguna pakai pada si Sarip Dol, tetapi ia lebih terletak kukuh bila dipakai pada Cik Salmah. Jangan marah abang Sarip Dol..^^

Jika pada zaman jahiliah dahulu wanita itu dipandang hina lagi merugikan, alhamdulillah, dengan datangnya ISLAM yang dibawa kekasih ALLAH itu, maka dimuliakan wanita dimata masyarakat dan dunia. Risalah yang dibawa oleh Rasulallah  saw  telah pun meletakkan kedudukan wanita pada tahap yang tinggi dan kaum lelaki menjadi pelindung kepada wanita. Kedudukan ini akan hanya dapat dikembalikan apabila syariah Islam itu dilaksanakan sepenuhnya dan manusia menjalani kehidupan mengikut apa yang telah disusun oleh Allah SWT. Oleh itu wahai umat manusia berjantina perempuan khususnya wanita, ayuh kita menadah tangan mengucap kesyukuran atas nikmat yang diberikan. Alhamdulillah mari ucapkan ^^


Kepada Kak Senah yang berada di sawah bendang bersama kerbaunya, anda sangat 'cantik'..Phewitt!!. Kepada Siti Muslihah yang bercermin mata tebal 1 inci, anda juga cantik(wink2). Kepada Meenachi a/p Karpal, anda sungguh ayu bersama 11 orang anak didapur.Awww.. Kepada Mei Ling, sangat solehah anda pada suami. Kepada mak cik cleaner disana dan disini, sesungguhnya anda sangat suci di mata ini, berkerja menjadikan suasana bersih dan berseri. Sungguh murni hati nurani.


STOP!

Bukan hanya itu sahaja pujian yang diberikan kepada wanita. Bukan hanya cantik dan ayu, malah wanita adalah tiang seri tegak seribu bagi kaum Adam. Dalam erti kata lain, 'Behind every successful Man, there is a Woman'. Fantastic lagi Logistik! Errr..silap.. Fantastic lagi bombastic. Wanita itu pemangkin kejayaan. Jika dilihat pada sejarah awal sambutan Hari Wanita Sedunia itu sendiri adalah disebabkan kebangkitan wanita dalam menegakkan keadilan dan menentang kezaliman. Maka disini diingatkan bahawasanya, kami wanita bukan semata-mata mahu dipuji , tetapi kami mahu dihormati dan dikasihi.


Dan kepada wanita, jika berlaku penderaan, penindasan, keganasan, penipuan dan ketidakadilan terhadap wanita serta kanak-kanak, anda mempunyai hak untuk bersuara. Bersuara mengikut salurannya, kerana kita adalah wanita. Dicipta ALLAH dengan kelebihan dan peranann. Wanita sebagai seorang ibu, isteri, anak dan juga kakak. Nah, search sahaja  kelebihan sebagai ibu atau isteri atau anak di internet, rujuk sahaja pada ustazah dan ustaz, pastinya begitu banyak kelebihan dan peranan yang diberikan.

Sempena hari Wanita Sedunia ini diadakan, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA 2012 kepada semua kaum wanita didunia. Sama-sama perbaiki diri menjadi wanita berpekerti dan berdedikasi. Jangan dicabuli keistimewaan yang diberi. Biarlah ia berlandaskan panduan yang benar yang sudah termaktub dari azali. Al-Quran dan Sunnah sebagai pegangan hati.


Inshallah..

MAJULAH WANITA UNTIK NEGARA
(poyo la pulak)


Pt Kudus
11.55 p.m
15 rabiulakhir 1433
8/3/2012

CONVERSATION

0 comments:

Catat Ulasan

Back
to top