DISEBALIK KERTAS SOALAN > All da best!

Assalamualaikum,


Masa tu aku berada di dewan peperiksaan, paper pada hari itu adalah papeer English. Malam semalam pulak tak sempat nak study. So time nak jawab tu , secara automatiknya aku bertukar perwatakan menjadi seekor burung unta yang liar. Sekejap kepalanya ke kiri, sekejap ke kanan. Mencari sesuatu yang bernama J.A.W.A.P.A.N. Apabila mata pengajar memandang, anda menundukkan pandangan.

Anda mula menyelak helaian kertas soalan satu persatu. Sampai di helaian ke-2 terakhir anda menjadi bingung. Apekah soalan ini. Kenapa ianya sebegini rupa..

1.D
2.B
3.A
4.C
5.C
6.A
7.B
8.A
9.C
10.D


Kemudian aku beralih pula pada helaian terakhir. Mashallah, keliru. Apakah soalan ini? Tidak pernah diajar sebelum ini. Ape ni..

1. put down
2. sit on
3. take over
4. put foward
5. take over

Aku mula gelisah. Kubelek lagi soalan di helaian 1. Section A, soalan objektif ada 10 soalan. Aku da mula dapat mengagak. Aku pergi ke soalan Section B. Ianya mengandungkan 5 soalan. Berderau sejenak darah  muda ini. Kubisikkan kata halus pada kawan ku di sebelah. 

" Weh! ape ni?" sambil aku menunjukkan kertas soalanku..

'' Bapak r..jawapan la dol.." balasnya

Glupp!.. antara iman dan nafsu. Berdirinya aku ditengah. Aku jadi terpinga seketika, sambil mataku memandang lecturer, Mdm Rishi yang berada dihadapan seakan ingin memberitahu sesuatu. Betullah kata orang, guru ibarat ibu di sekolah. Tanpa semena-mena Madam Rishi mai datang dekat. Lalu berkata..

" Yes. any problem? " sambil memandangku..


Aku tanpa kata terus menunjukkan helaian terakhir kertas soalanku. Wajah lecturer itu berubah. Nampak jelas riak terperanjat dimukanya. Lalu dia mengambil soalanku dan dibawa ke depan. Setelah dia meleraikan 2 helaian jawapan, kertas soalan itu dipulangkan kepadaku sambil mengungkapkan satu ucapan kepada kawan-kawanku.

"SHE IS A VERY HONEST GIRL"

Ibarat bunga kembang pagi, aku hanya tersengih sepeerti kerang busuk.Ngee~ Sewaktu Madam Rishi keluar sebentar dari kelas, sepantas kilat kawanku melontarkan kata-kata azimat..

"Asal kak pah tak tengok jawapan dia...?"

"Ruginye..."

Emm..aku hanya diam. Tahlah aku pun blur time tu..

Walauapapun, jauh disudut hati ini berbangga akan tindakan yang dibuat. Bukanlah full marks semata-mata yang aku cari. Tapi keberkatan dalam menuntut ilmu yang aku dambakan. Syabas Alifah!

Kalau mak aku pulak, dia akan cakap..

Syabas mere bethi.....

( ^__^" )



Pagi tadi dah lepas satu paper - English 

Esok ada lagi satu paper - Statistic

Lusa ada lagi satu paper - Principle of Management

Tulat ada lagi paper - Intro to Air Transportation & Aviation Industries


ALL DA BEESSSSTTT!


P/S: Tak lupa juga pada adik-adik yang nak amik result SPM, tawakal la ye..All da best..^^



MIAT
28 Rabiulakhir 1433
21/3/2012
1.40 am

CONVERSATION

2 comments:

Catat Ulasan

Back
to top