CURI GITAR HARAM, CURI HATI TAK PE..

Assamamualaikum w.b.t,

Banyak cantik muke nak curik ati org, mintak izin dulu la..^^

Alalkullihal, bukan tagline itu yang mahu diperkatakan. Tapi perihan fenomenanya. Diawal entry ini, prmohonan maaf dilafazkan terlebih dahulu jika ada kata yang menguris hati fan Matluthfi ni. Aku tidak mahu mengumpul 'haters' dan 'antis' hanya disebabkan satu posting. (Macam artis la pulak, perasan seh (-__-") )

Gambar paling hensem, ada iras eunhyuk ka?


Siapa Matluthfi ni?

Mungkin bagi sesetengah orang, ini adalah cerita lapuk. Tetapi sejujurnya, inilah kali pertama aku mengenali siapa dia budak Luthfi nie. Aku tak pernah lagi melihat video yang dihasilkan. Even masa tengok short filem 'Oley!!' pun aku tak kenal. Yang aku taw cuma diakhir cerita ada muncul mamat pakai cermin mata mengungkapkan satu slogan "CURI GITAR HARAM, CURI HATI TAK PE". Ngee~ So, adalah tidak adil baginya, jika aku menilai dia dengan berlebihan. Cumanya apa yang aku nak share adalah bagaimana  feedback dari rakyat Malaysia tehadap vlog yang dihasilkannya. 


Antara fenomena yang menarik perhatian aku ialah, tagline 'CURI GITAR HARAM, CURI HATI TAK PE' yang menjadi buah mulut dan debatan anak-anak muda. Masing-masing mengetengahkan buah fikiran masing-masing berkenaan isu tersebut. Alhamdulilah, ianya suatu yang positif bagi aku, coz masih ada anak muda yang brfikir dan mengaplikasi method menimbulkan persoalan dan bukan menerima semata-mata. Sehinggakan penulis yang dikenali seperti Hilal Asyraf juga melemparkan kritikan berkaitan tagline tersebut. Hebat!

Tak dan nak letak gambar Reimi
Itu belum lagi yang membandingkannya dengan Anwar Hadi dan Reimi Gillard (rakan se'category' dalam menyampaikan mesej di youtube). Siapa yang lebih best, siapa yang lagi hebat,Siapa yang mendapat rating tertinggi dan yang sewaktu dengannya. Worst come to worst, hinggakan ada yang mengatakan Matluthfi ini  ada iras-iras Eunhyuk,si artis korea (suju). Aku pun tak taw tang mane yang same.Tapi tu takpe, masing-masing punye point of view masing-masing kan. Mungkin dia boleh menjadi idola kepada remaja dimalaysia menggantikan artis korea itu. Siapa taw kan..?

Apa-apa pun, bear in mind bahawa masing-masing mempunyai kelebihan yang tersendiri. Allah itu Maha Adil , menanamkan bakat yang berlainan pada setiap individu agar mereka berfikir.Bergantung pada individu itu sendiri untuk mengexplore bakat masing-masing. Boleh jadi bila kita mengenali bakat dan kelebihan yang ada pada diri, akan menjadikan kita lebih mengetahui bagaimana cara untuk memanfaatkannya. Apa yang paling penting ialah, Sebaik-baik manusia itu adalah apabila dia dapat memberi manfaat kepada orang ramai. Tak kisah la siapa pun anda. Seorang pelajar, petani atau ahli koprat sekalipun. 


Kat MIAT ni ,youtube dan segala video tidak boleh diekses. Adoi~ baru ingat nak usha video Matluthfi nie. Terpaksa la aku menyimpan hasrat itu dahulu.Mahu juga kulihat bagaimanakah rupanya video yang begitu banyak diperkatakan oleh kebanyakan wanita dan belia di Malaysia itu. Cakap orang, aku pun same.. Opss!!Terlebih suda..

p/s : aku bukanlah promoter kepada jenama Matluthfi ni, BUT I'm just sharing my thought about him.


MIAT,
27 Rabiulakhir 1433
20/3/2112
2.23 am

CONVERSATION

0 comments:

Catat Ulasan

Back
to top