DISOAL, YAKINKAH?

Gambar adalah hiasan

Maya Karin disoal oleh Aaron Aziz...(bukan soalan seperti dialog diatas). Tetapi seperti dibawah;

"Apa itu aqidah?"

Lalu dia menjawab " Satu ikatan atau simpulan. Dalam erti kata lain, satu prinsip hidup"


Maya Karin ditanya lagi..

"Apa itu aqidah yang sohih?"

Eremm..dia berfikir sejenak " Meletakkan Allah semata-mata tempat bergantung, tiada sekutu baginya dan menjadikan al-quran dan Sunnah sebagai panduan"

"Betul ke?"...tanya Aaron Aziz lagi

" Betul la.." balas Maya karin kurang yakin.

Lalu dipanjangkan soalan itu..


''Apa pulak Syirik ?" Aaraon Aziz bertanya lagi

"Banyak pulak cekadak si Aaron Aziz nie." keluh Maya karin didalam hati

" Menyekutukan Allah la.." jawabnya perlahan

''Kalau syirik menyekutukan Allah, khurafat pulak ape? Apa pulak khurafat moden? Contohnye?''bertubi-tubi soalan diajukan, seperti ditembak oleh M-16.

" ermm... caner ek nak cakap?..hmm..adik beradik syirik jugak la" Balas Maya Karin, kemudian dia diam seketika. Agak keliru .


..............................................................................................................


Kadang-kadang kita sebagai seorang yang mempunyai title Muslim, kurang peka dan tak ambil peduli akan hal seperti ini. Masing-masing menganggap dengan mengucap syahadah mereka sudah tidak perlu mengetahui hal-hal seperti ini. Aku juga begitu. Bila ditanya agak tergagap untuk menjawab.

Pernah sekali si fulan bertanya pada seorang sahabat,

" Kadang-kadang kita faham pasal benda tu, tapi bila kita nak terangkan jadi tak reti pulak..macam mana ea?" tanya si fulan

Lalu dapatlah dia satu jawapan yang menusuk kalbu "Itu maknanya ko tak faham lagi, sebab tu tak boleh nak terangkan"

"Orang yang faham itu bila ditanya, dapat berikan jawapan . Tu baru namanye faham" jawabnya. Ambik ko sebijik, kena kat muka.

Lalu dia menyambung..


Syrik itu menyekutukan allah pada zat,sifat dan perbuatannya, manakala Khurafat pula kepercayaan karut yang dianggap ada hubungan dengan agama Islam sebaliknya bercanggah dengan al-Quran dan hadis.

Mungkin ianya agak sama bila dibaca sekali pandang dan sekali lalu. Yang membezakan syirik dan khurafat ialah  mereka yang mengamalkan perkara khurafat tetap percaya kepada amalan-amalan lain, kepercayaan-kepercayaan lain yang mana mengalih pergantungan selain dari Allah. Syirik pula ialah menyekutukan Allah s.w.t pada zat ,sifat dan perbuatan-Nya dengan makhluk. Contoh ,Menyembah berhala.


Bila ditanya perihal khurafat moden, tentulah perkara khurafat yang lazim dilakukan pada masa kini. Sbg contoh, mesej berantai atau SMS yang mendakwa kononnya seseorang itu akan ditimpa bala sekiranya, surat atau SMS yang diterima tidak dipanjangkan kepada orang lain. Atau, seseorang itu percaya dengan melakukan banyak sedekah dan amal jariah, maka dia sudah tidak perlu solat. Itu juga contoh khurafat moden yang kadangkala kita terlepas pandang. Maka berhati-hati dalam setiap yang anda lakukan.

Walau apapun, kedua-duanya adalah perkara yang boleh membatalkan iman.So,persiapkan diri dengan ilmu agar kita tidak terjebak dengan benda-benda yang serupa dan sewaktu dengannya. Bagaimana kita selaku muslim, jika ditanya oleh yang bukan muslim akan perihal ini? Masih banyak yang tidak tahu. Esok g tanya kat ustaz masing-masing ea.

One thing.. Cukup percayakah kita pada pencipta kita? Nauzubillah, semoga dijauhkan dari hilang keprcayaan ini..


Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa nabi Muhammad itu pesuruh Allah

MIAT
25 Rabiulakhir 1433
18/3/2012
11.56 pm

CONVERSATION

2 comments:

Catat Ulasan

Back
to top