LOGIC + STICK + SUP + LIE + CHAIN= LIFE


Mesti siapa yang baca tajuk entry ni akan berada dalam ke'bluran'. Jika yang result IELS nya band 9 (melampau), mungkin mereka akan mengatakan ianya suatu grammatical error. Bagi mereka yang berada di bidang engineering pula, mungkin ianya dapat diterima dan perlu mereka terima ,kerana ego mereka mengatakan  mereka ini pakar dibidang melogikkan sesuatu formula .
Apa pun , aku sendiri tak taw kenapa aku wat tajuk macam tu. Haha. Pandai-pandai korang la nak memahaminya. Boleh tak? Nak marah? ada aku kesah. Aku nyer blog, suka aku le..Heee, jangan mara ea~

GURAU JEEEEE...... (wink2)

Actually,' encik' LOGIC + STICK =  LOGISTIK ,and 'puan' SUP+LIE + CHAIN= SUPPLY CHAIN. Poyo kan. Biasa la, dah lama tak update blog, ini la jadinye. Syndrome down. Ops! terlebih sudah.

Kenapa LOGISTIK & SUPPLY CHAIN ?



Letaklah chopstik ke, keychain ke, sup ekor ke. tak pun cincin sedap jugak nak baca.Haishh.. Dan sekali lagi aku menjawab. Suka ati aku la. Aku nyer blog. Huahuahua (ketawa jahat sambil syaitan bersorak gembira).

MR ZAILANI ada cakap, (for ur infomation, Mr Zailani is my logistic's lecturer) Logistik itu adalah 'Time related positioning of Resources'.Dimana positioning disini  membawa maksud 'act of moving from one place to one place'. Dan resources pula memberi maksud 'something required by someone/somebody to do something'. Maka disebabkan ini la aku citer pasal LOGISTIK. Saje je nak share something. Hehe..Boleh kan?

Sebab secara generalnya kalau orang sebut perkataan Logistik, maka terbayanglah keretapi, kapal dan lori sebagai gambaran logistik mereka. Tapi bila aku mula blajar bab nie bersama Mr Zailani, dengan serta merta kerusi, meja, botol air , dan kawan aku dijadikan perspektif dalam mengambarkan Logistik. Dengan suatu kesimpulan bahawa dalam kehidupan seharian, kita tidak terlepas ddari  melakukan LOGISTIK. Dimana setiap sumber yang menyumbangkan kepada berlakunya suatu perkara adalah termasuk dalam LOGISTIK. Dan Supply chain pula adalah satu sistem yang melibatkan pergerakan sumber untuk memenuhi pemintaan seseorang.

Maka dengan itu, aku pun teringat akan gambar di bawah nie..

LOGISTIC OF LIFE

Kalau suatu company itu gagal dalam Logistiknya, maka akan rugilah syarikat itu. Kerana ianya penyumbang kepada kelancaran suatu proses dan hasil sesuatu product. Ishk2 RUGIII .Tetapi itu hanyalah sebuah syarikat. Bayangkan jika Seorang manusia itu gagal dalam logistik kehidupannya, YA ALLAH.. apa yang akan jadi? SANGATT RUGIII..BANKRUP terus..

Apa yang harus dilakukan?

Disinilah pentingnya  end product yang kita nak. Matlamat itu yang menjadi panduan ke arah keberjayaan Logistik kehidupan. Dimana rantaian bekalan(supply chain)  itu mengikut aturannya.

“Dan tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk menyembah kepadaku.” (QS Adz Zariyat : 56)

Yosh! kawan-kawan. Kita perbetulkan Logistik kehidupan supaya ia bera ditempat yang sepatutnya. Bukankah Allah sudah mengingatkan.

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya". (QS Al-Baqarah :30)

Sudahkah anda cek Logistik kehidupan anda.?




MIAT
6 Rabiulakhir 1433
28/2/2012
7pm

CONVERSATION

1 comments:

Catat Ulasan

Back
to top