Disebalik sebuah buku..


 Muhammad Bin Abdullah atau Nabi Muhammad yang dimaksudkan di dalam buku ini adalah nabi dan utusan Allah.Bagi orang Islam, apabila bertemu dengan perkataan ini, digalakkan berselawat (berdoa) untuknya.
Singkatan SAW di dalam novel ini dibaca Sallahualaiwassallam yang bermaksud Allah memberi salam dan berselawat keatas Nabi Muhammad.
Dalam al-Quran, surah al-Ahzab ayat 56, Allah menyatakan yang bermaksud "Sesungguhnya Allah dan Para malaikatnya berselawat kepada Nabi. Wahai orang-orang beriman, berselawatlah kamu kepadanya dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya."

Nasaie dan Ibnu Hibban melaporkan, Nabi Muhammad berpesan " Sesungguhnya orang paling dekat denganku pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku"

Bacalah selawat "Allahumma sollli 'ala saidina Muhammad wa 'ala aalaihi wa as-haabihi ajmain". Maksudnya "Ya Allah, kurniakanlah pujian keatas Nabi Muhammad, ahli keluarga dan sahabat-sahabat beliau.

-NOTA PENERBIT-
Kisah 4 Imam Mazhab
Imam-imam yang Benar

Terhenti seketika setelah selesai memebaca helaian pertama dari 690 halaman daripada buku ini. Hati ini tertanya-tanya, berapa banyakkah kalimah Nabi Muhamad yang disebut dalam buku ini? sungguh aku bukan hanya dapat ilmu yang bermanfaat, Malah selawat keatas nabi juga aku boleh laksanakan. Subahanallah, perkara yang kecil sememangnya aku pandang ringan.

Nasaie dan Ibnu Hibban melaporkan, Nabi Muhammad berpesan " Sesungguhnya orang paling dekat denganku pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku"

Manfaat itu harus digunakan sebaiknya. Alhamdulillah..Yosh! Mari membaca^^



p/s: Terkilan. Bagaimana Hamzah Kashgari boleh berfikir begitu? Semoga dia bertaubat dan diberi hidayah..




UNIKL MIAT
22 Rabiulawal 1433
15/2/2012
12.10 pm
 

CONVERSATION

0 comments:

Catat Ulasan

Back
to top