Sekali lagi..AKU SEORANG MAK UDA

Ahmad Izz Hazeem
Assalamualaikum w.b.t,

Uda @ Mak Uda, panggilan yang dikhaskan kepada anak perempuan yang ke-3 dalam keluarga. Kalau lelaki, of course la Pak uda. Sebelum menjadi Mak Uda^2. Bersandarkan bukti kewujudan anak seaudara yang pertama ,Aku sah menjadi seorang Mak uda a.k.a Mak Uda^1.Mak Uda kepada anak sadara yang bernama Ahmad Izz Hazeem. Punyalah panjang nama. Last-last panggil Hazeem je..

21 January 2010, lahirlah lagi satu hero yang menjadikan aku Mak Uda^2. Ku jangka ianya seorang Heroin ,  rupanya tidak. Maka baju baby girlz yang dah dibeli tu masih lagi dalam pertimbangan, sama ada mahu digunakan sahaja atau diberi pada saudara yang ada anak puteri. Pandai-pandai la ko Man (adik aku).

Nama apa yang sesuai? Isteri adik aku nak, mesti ada 'Ilham' pada nama anak mereka. Tak kisah la apa-apa nama pun, yang penting ilham mesti ada.

Aku hanya menambah, "jangan la panjang sangat nama anak ko tu, kesian dier, Biarlah ada makna yang baik."

So, hasil perbincangan adik aku bersama mak aku ditambah dengan rujukan serta panduan pada buku , maka terhasillah dua nama pilihan. Ape ek namenye? Aku pn tak ingat. Tapi yang penting ada Muhammad dan Ilham. Diantara dua nama tu, aku pun kurang pasti. Panjang juga nama hero ni rupanya.

Bak kata mak aku la " Biarlah nama anak dier panjang, bapak dier nama pendek je. Teringin nama anak panjang"


Tak apa lah. Asalkan nama itu ada maksud yang baik.Tapi dalam tak sedar, kita kadang-kadang hanya memikirkan akan kemodenan dan kesedapan pendengaran pada sesuatu nama itu. Sehinggakan hilang maknanya dan lupa perkara-perkara yang pertu dipertimbangkan.

Bagilah nama yang maknanya baik. Sebab sedikit sebanyah apabila disebut menjadi satu doa pada anak itu.

“Sesungguhnya kamu sekelian akan diseur/dipanggil pada hari Kiamat dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu. Oleh demikian, elokkanlah nama-nama kamu”. (Riwayat Imam Abu Daud dari Abu Dardak r.a.)

Harus nama bayi itu diberi sempena nama nabi .Dan sebaik-baik dan seelok-elok nama adalah Abdullah dan Abdul Rahman ;

“Berilah[9] nama dengan nama-nama para Nabi. Nama yang paling disukai oleh Allah ialah Abdullah dan Abdurrahman. Nama yang paling tepat (dengan hakikat manusia) ialah Harith dan Hammam, dan nama yang paling buruk ialah Harb dan Murrah”. (Riwayat Abu Daud, an-Nasai dan lain-lain dari Abi Wahb al-Jusyami r.a.)

Para ibu dan bapa juga perlu peka akan nama-nama yang perlu dijauhi atau diberi pada anak.  Sebagi contoh nama-nama yang menunjukkan pengabdian/penghambaan kepada selain Allah seperti Abdul-Kaabah (Hamba Kaabah), Abdun-Nabi (Hamba Nabi), Abdul-‘Uzza (Hamba Tuhan ‘Uzza) dan sebagainya.

And last but not least, Disunatkan mengubah nama yang buruk atau yang tidak baik kerana Nabi s.a.w. telah melakukannya kepada para sahabat baginda.

Ibnu Umar r.a. menceritakan;
أَنَّ رَسُولَ اللهِ -صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- غَيَّرَ اسْمَ عَاصِيَةَ. وَقَالَ: “أَنْتِ جَمِيلَةُ”.
“Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah menukar nama (seorang perempuan bernama) ‘Ashiyah (yang bermaksud; perempuan yang engkar) di mana baginda berkata kepada (perempuan itu); ‘Kamu adalah Jamilah (bermaksud; yang indah)’”. (Riwayat Imam Muslim)


 Semoga mereka-mereka yang memegang makna disebalik nama itu menjadi seperti yang dimaknakan. Semoga ianya menghasilkan insan yang baik. Bagi aku pula, Alifah, yang  mempunyai maksud lemah-lembut dan ramah-tamah dalam bersahabat cuba untuk menjadi yang terbaik. 

Masih teringat sewaktu hari pertama dalam kelas bahasa arab ketika di tingkatan 3. Aku ditanya oleh ustazah akan maksud nama Alifah. Waktu itu aku sendiri tidak mengetahui apa maksud akan namaku. 'Yang jinak' itulah yang dibeitahu oleh guruku. Jinak pun jinak lah. Kurang selesa dengan makna itu, aku pun mencari kepastian. Betullah, peramah juga boleh dikategori sebagai jinak kan..^^

APA MAKNA DISEBALIK NAMA ANDA?

CONVERSATION

3 comments:

Catat Ulasan

Back
to top