I am legally .. MIAT student!

Assalamualaikum w.b.t..

Pheww! Lama rasenye tak menulis. A bit busy with my orientation weeks. Done. Sekarang hanya perlu fokus pada belajar. Woha! Skema la pulak. Apapun sekarang aku berada bersama kawan baru, persekitaran baru, bilik baru, pengalaman yang baru dan seba serbinya baru. Selamat Tahun Baru Cina juga ye..

ORIENTASI


My group orientation
 Ramai kawan yang tanya macam mana kehidupan di MIAT. Hurmm, caner ek nak describe. Best la kot. Nak cakap lebih pon, baru seminggu disini. Suasana pembelajaran sebenar belum dirasai. Tapi ada sedikit yang ingin dikongsi seusai aku menjalani orientasi disini. Dari pemerhatian dan pendengaran yang Allah beri ini, macam-macam kerenah dan kelaku aku jumpa. Tak kurang juga otak ini bersenda mengajukan soalan.

Berlangsungnya orientasi itu selama 4 hari, bermula pada hari Ahad dan berakhir pada hari Khamis. Dan seperti kebanyakan mahasiswa, aku juga tak begitu menyukainya. Yelah, siapa la yang suka bila terpaksa duduk sepanjang hari mendengar ceramah dan briefing yang panjang berjela. Typical orientation modul for mahasiswa. Tapi dalam masa yang sama, tak perlu sangatlah untuk mengutuk secara berlebihan. Kalaulah ianya dipandang dengan perspektif yang positf, nescaya positiflah yang kita dapat. Disiplin, integriti dan hormat. Maby itu yang aku dapat disitu. Cewah! ayat power la pulak ^^


DISEBALIK ITU



Apabila handset dirampas. Apa perasaan korang. Mesti bengang kan. Fenomena ini juga berlaku pada orientasi hari tu. Maka berbondong-bondonglah mahasiswa mengeluh dan juga meluahkan perasaan tidak puas hati mereka. Ada yang kata, "macam budak-budak nak amik hendset orang", ada yang menjadi benci pada si fesi yang menjalankan tugas, ada juga yang kata "aku tak boleh hidup kalau tak ada handset". Hebat sungguh penangan teknologi kan. 



Ala kulli hal, aku rase tak ada masalah kot kalau amik pon. Untuk kemaslahatan bersama. Dan kat sini lah aku boleh nampak, siapa yang jujur dalam melaksanakan amanah. Mungkin ianya hanya perkara remeh. Tetapi dari yang remeh ianya membawa implikasi kehidupan. Itu belum lagi masuk aspek horrmat dan kesenioritian. Ada beza disitu. Biarlah konsep senior dan junior diaplikasi secara bersederhana. Kerana ianya bukan suatu perkara yang dasar.Jadikan ia satu landasan permuafakatan dalam perbezaan pendapat. Sama-sama kita ambil ibrah dari sirah perjuangan nabi.



Perlantikan Rasulullah S.A.W terhadap Usamah bin Zaid bin Harith sebenarnya mendapat penentangan dari beberapa golongan kerana mereka menganggap Usamah tidak layak memimpin pasukan tentera kerana usianya yang muda. berbanding Umar Al-Khattab. Bersandarkan hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Jika kamu membantah dan mengecam Usamah ,ia bererti kamu mengecam kepimpinan bapanya. Demi Allah,Usamah memang layak memikul tugas tu dan Usamah dari kalangan manusia yang baik".

UCAPAN



Boring dengar briefing dan ucapan. Tapi ada satu ucapan yang menarik dalam orientasi nie. Ucapan dari Dekan MIAT itu sendiri. En Abdul Aziz B. Ismail. Ucapan yang aku rasa ringkas tapi amat bermakna buat aku sebagai mahasiswa penerbangan di MIAT. En. bdul Aziz ada menyentuh hubungkait Surah Al-Hadid ayat 25 dengan suasana kami di MIAT. Macam mana tu? Nanti aku citer. Tapikan, tanpa disedari ada rasa hormat dan respect hadir dalam diri aku. Tidak semua golongan profesional seperti beliau yang akan memberi ucapan dengan adanya added value yang mengambarkan dia seorang muslim. Semoga dirinya diberkati. Aku mendapat sesuatu! Besi sebagai ayat ilahi.




Sesungguhnya Kami (Allah) telah mengutuskan para rasul Kami (Allah) dengan bukti-bukti yang nyata, dan Kami (Allah) turunkan bersama mereka kitab dan mizan (neraca) supaya berdirilah manusia dengan keadilan. Dan Kami (Allah) turunkan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat bagi manusia, dan supaya dibuktikan Allah siapa yang menolong-Nya dan para rasul-Nya dengan ghaib. Sesungguhnya Allah adalah al-Qawiyy (Maha Kuat), lagi al-‘Aziz (Maha Perkasa).
(Al-Qur’an, Surat Al-Hadid 25)

Kenapa surah Al-Hadid ayat 25? Aku pun agak musykil. Tapi bila dilihat pada maksudnya,ianya adalah satukekuatan pada manusia dalam skop pencarian mutu ilmu . Masakan tidak. Secara terangan Allah telah menurunkan besi dari langit. Tetapi ianya hanya difahami oleh ilmuan pada abad ke 20 dalam kajian mereka. Besi tidak berasal dari bumi tetapi telah dibawa ‘turun’ melalui proses pelanggaran yang berlaku sebelum kejadian manusia. Penemuan yang ditemui apabila penekanan ilmu dipraktikkan. Beruntungnya seorang muslim kerana telah mengetahuinya lebih awal. Keyakinan itu bertambah apabila dibuktikan oleh kajian. 

Semoga keimanan itu meningkat. Disebalik atom Ferum itu, ada kegunaannya yang kalau kita fikirkan amat banyak manfaatnya. Ianya dicipta tanpa sia-sia. Selaku seorang pelajar penerbangan, aku tidak lepas bersama dengan besi sebagai element pembentukan pesawat dan kapal. Ianya satu unsur yang sangat besar dugunakan pada masa kini. Melihat dan menggunakannya mengingatkan kita pada kebesaran Allah. Ulul Albab. Aku juga mahu seperti itu.
 
Woha!

Sampai sini dulu. Sambung lainkali. Internet kat sini slow. Sabojelah.


My family at APRON MIAT

CONVERSATION

6 comments:

Catat Ulasan

Back
to top