Sangat beruntungnya dia..

Permulaan ceritanya begini....
Dia seorang yang sedap mata memandang, cantik atau kacak bukan ukuran, tetapi ketenangan yang terpancar dari wajahnya..
Dari senyuman yang diukir..
Pada satu hari yang indah, dia telah berkata, "الله اكبر". Kemudian dia menyambung lagi, "لا إلـﮧ إلاَّ اللـَّـﮧ مُـכـمَّــدْ رَسُــولُ اللـَّـﮧ". Selepas itu dia berkata, "لا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنّى كُنْتُ مِنَ الظَّالِمينَ". Dia menambah sikit lagi, "سُبْحانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ, سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيْمِ".
Dengan melakukan semua perkara berikut, dia telah diberi ganjaran yang sangat besar dari ALLAH SWT.
Kamu mahu tahu siapakah orang yang beruntung itu? 
Orang itu adalah KAMU!
Alhamdulilah, saya sayang kamu sebagai saudara seislam saya.

Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: 

Janganlah kamu saling dengki mendengki, tipu menipu, benci membenci, belakang membelakangi
antara satu dengan lain. Janganlah sebahagian kamu menjual barangan atas jualan orang lain.Hendaklah kamu menjadi hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim adalah saudara bagi seorang muslim; dia tidak boleh menzaliminya, membiarkannya (dalam kehinaan), membohonginya dan menghinanya. Ketaqwaan itu di sini – sambil Baginda menunjuk ke dadanya sebanyak tiga kali - Cukuplah seseorang itu mendapat keburukan apabila dia menghina saudaranya yang muslim. Setiap orang muslim ke atas muslim itu haram darahnya, hartanya dan maruah dirinya.

 
 

CONVERSATION

0 comments:

Catat Ulasan

Back
to top