Pertaruhan 1 Milion Money Drop haramkah?

"Ape ke bangang la dier pegi jawab A. Sah-sah jawapan dier C.." marah Pak Mat Tempe

Soalan budak kecik pon tak leh nak jawab, kalau adik aku masuk confirm dapat 1 juta la.."  nada riak kdengaran memecah kesunyian.

Rancangan yang baru ditayangkan di Astro Ria saluran 104 ini telah menarik kebanyakan penonton untuk turut menjadi peserta dikala soalan diaju. Masing-masing mahu menunjukkan kepandaian masing-masing. Tak kurang juga yang menjagi tukang gelak bila soalan yang dijawab tak masuk akal.
Adaptasi dari program Million dollar money drop US dan UK, hampir 30 buah negara juga menayangkan progran dengan format yang sama.

Peserta ini dijemput semula untuk bermain setelah kontrovsi

Tak ketinggalan kontrovesi yang melanda program nie. Apabila ada peserta yang kehilangan pertaruhan $800 000 menjawab soalan yang dirasakan betul jawaapannya tetapi tepaksa akur dengan keputusan penganjur yang mengatakan ia salah. Dan apabila  disemak kembali kesahihan jawapan agak meragukan. Itu yang terjadi di luar negara la.

Di Malaysia pulak,yang amat memerajatkan apabila soalan mudah yang boleh dijawab oleh budak sekolah rendah tidak mampu pula dijawab oleh peserta. Agak janggal bila soalan yang boleh dikatakan general knowledge tidak mampu dijawab. Konspirasi ke ? Malas la nak campur. Tapi orang taw yang ;

1. Peribahasa melayu "Lari macam lipas kudung"
2. Nama sebenar Biduanita Saloma adalah  Salmah Binti Ismail
3. Masak Lemak Cili Padi beerasal dari Negeri Sembilan
4. Dondang Sayang adalah lagu tadisional kaum Baba
5. Tasik Kenyir terletak di Terengganu

Tapi, maca mana peserta boleh pilih jawapan :
1. "Lari macam semut"
2. Salma Binti Hayek (huahua lawak giler)
3. Johor
4. Minangkabau
5. Perak

Meemang nak kene gelak  la. Woha! Itu antara kontrovesi yang melanda, dan banyak-banyak kontrovesi ni ada satu yang jadi tanda tanya sampai sekarang. Program nie ada unsur perjudian ke. Dan aku antara orang yang ditanya tentang soalan seperti tu di facebook. Aku bukanlah orang yang berhak untuk jawab. Tapi aku berusaha untuk memberi tahu apa yang aku paham and tahu. Bukan jawapan. Nak jawapan, tanyalah ustaz dekat dihatiku^^.

Soalan yang diajukan di fb ;
Bukak TV ade rancangan 1 Million Drop Money. Die cakap 'pelaburan' tapi aku tengok macam 'pertaruhan' jek?

Ade sape-sape tahu? Tolong bg jawapan :) syukranlillah
Dalam mengklasifikasikan sesuatu permainan sebagai judi, para ulama telah mensyaratkan ciri-ciri berikut;

1. Ia disertai oleh dua orang atau lebih atau dua kumpulan manusia atau lebih.
2. Setiap pihak mempertaruhkan sesuatu harta atau manfaat.
3. Mana-mana pihak yang menang akan memperolehi harta atau manfaat dari pihak yang kalah di samping menyimpan harta dan mafaat yang ia pertaruhkan.

Berdasarkan ini, para ulama berpendapat bahawa mana-mana permainan yang mana pemenangnya memperolehi manfaat yang disediakan oleh pihak ketiga, bukan dari pihak-pihak yang terlibat dalam permainan itu. Permainan seperti ini dinamakan sebagai pertandingan dan manfaat yang diperolehi dianggap sebagai hadiah.

Satu permainan juga tidak dianggap sebagai judi sekiranya manfaat yang diperolehi berasal dari satu pihak seperti sekiranya seorang berkata kepada temannya “Jika kamu boleh mengalahkan saya, saya akan memberimu hadiah. Akan tetapi jika kamu kalah, tiada kewajipan atas kamu terhadap saya.” Ini berdasarkan kepada sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Abu Daud yang mana Rasulullah s.a.w diajak oleh seorang kafir Quraisy bernama Rukanah untuk bergusti dengan hadiah beberapa kambing, jika Rasulullah s.a.w menang. Rasulullah s.a.w menerima cabaran itu dan beliau menang dalam pertandingan .

Di dalam sebuah hadits juga diriwayatkan dari Anas.

Sumber dari JAKIM

Wallahualam..mohon disemak semula untuk kepastian. Kita diberi akal untuk menilai yang haq dan yang batil. Bukan sekadar menggunakannya untuk jadi millionair dalam sekelip mata. 

Memebebel la pulak. Ok la, caw dulu k..
Wassalam



CONVERSATION

1 comments:

Catat Ulasan

Back
to top