Perjalanan singkat seorang hamba..

Alhamdulillah, akhirnya selamat sudah perjalanan singkat aku dalam memenuhi hak saudara keatas saudara seislamnya. Walaupun tak sempurna mana. Syukur semuanya selamat.
Dalam tempoh 2 hari ni, 3 dari 4 perkara dapat disempurnakan.Semuanya berlainan agenda, tempat dan masa. Itu semua dilakukan demi menunaikan tuntutan yang aku rasa perlu bagiku untuk memenuhinya. Agak kesal yang 1 itu tidak dapat dipenuhi. Walauapapun, harap mereka memahami .
   


WALIMAH


Menghadirkan diri ke Walimah saudara,kulihat banyak gelagat yang dipamerkan. Gelagat anak-anak sedara yang kebanyakannya dibesarkan di bandar bertemu pula dengan anak saudara dari kampung menjadikan suasana agak hingar-bingar dan agak tidak terkawal. Ibu-ibu dan bapa-bapa pula asyik bersembang kosong meraikan pertemuan ahli keluarga.Dan dalam banyak-banyak gelagat, ada 1 gelagat manusia yang menarik perhatian aku, siapakah? 

Ibu pengantin. Knapa dia dan bukan pengantin? sebabnya, pengantin dok dalam bilik, tengah bersolek. So tak nampak la.Hihi.Ibu pengantin ini aku bahasakan dengan panggilan Mak Mah. Sentiasa melayan tetamu yang datang dengan senyuman tanpa teman disisi.Yup, hanya dia seorang kerana dia seorang ibu tunggal kepada 5 anak. Tiada suami.Aku nampak dia agak kekok, mungkin kerana ini adalah majlis perkahwinan anaknya yang pertama. Tiada pengalaman. Seringkali aku ditegurnya supaya duduk dari menolong dan memberi goodies bag kepada tetamu. Mungkin kerana keadaan fizikalku yang begitu. Tapi aku tak amik peduli,sebab ada rasa kasih aku pada dia yang mendorong aku berlaku sedemikian. 


Diakhir majlis ketika selesai sesi kemas mengemas, aku meminta izin pulang dan seperti selalu aku akan menerima 2 ciuman dipipi sambil diiringi ucapan 'sayang ipa' dari mak mah. Hanya dia satu-satunya mak sedara yang buat begitu pada aku. Dan dapat dirasakan kasih sayang itu..^^ Semoga Mak mah terus gigih dalam membesarkan anak-anaknya. Melankolik la pulak aku nie..Apapun, Tahniah kepada sepupu aku yang sorang nie. Puan Nur Jannah Hikmah yang selamat menjadi isteri kepada 'Teddy'(nama manja).Semoga kekal hingga ke syurga^^

Buat jannah :
"Syafakillah syifaan ajilan, syifaan la yughadiru ba'dahu saqaman"∙
"semoga Allah menyembuhkanmu secepatnya, dengan kesembuhan yang tiada sakit selepasnya."

LAMPU

Seusai solat, rehat dan solat isyak, demi memenuhi hajat mak aku, kami sekeluarga 3 kereta berangkat ke bandar lampu di Shah Alam, a.k.a I-City. Perjalanan yang dijangka singkat berakhir dengan traffic jam. hampir 2 jam barulah kelibat lampu-lampu nampak. Keputusan melihat lampu pada masa tu dikira kurang tepat kerana jatuhnya pada malam Krismas. Mashyallah, ramainyer orang. Seperti berada di lautan manusia. Tambah lagi lampu kelip-kelip, berpinar mata.

Percaya atau tidak, anak seusia 3-4 bulan juga turut dibawa menikmati gemerlipan lampu. Agak musykil bila anak-anak seusia itu dibawa bersiar pada jam hampir 2 pg. Seharusnya mereka ini tidur ketika itu. Ada juga yang berumur 2-4 tahun berlegar-legar bermain. Tak ngantuk ke budak-budak nie. Even aku yang menunggu kereta untuk pulang nie pun dah tersengguk kengantukan. Hebat sungguh budak-budak kota ni ye.  Nampaknya kitaran biologi kanak-kanak kini semakin berubah agaknya. Sudah hilangkah kewajipan seorang manusia memberi hak kepada tubuh badan sebaiknya?. Buat kali ke-4 aku sesat ketika jalan pulang dari sana. Itulah kelemahan aku yang tak dapat disangkal.


PERTEMUAN

Ahad, hari dimana pertemuan itu berlaku. kengantukan yang amat dek lambatnya tido menguasai diri. Lepas subuh mahu aje aku tidur semula. Nak wat guane, janji tetap janji. 8.30pg kena ada kat sana. Itu yang diberitahu. Layankan ngantuk nie lambat la jwbnya.


Lewat 10 minit, kena tinggal ke aku? tak ada orang pun. Senyap-senyap aku berjalan mencari kelibat yang mungkin dikenali. Ah'haa..jumpa pun. 4 dara turun dari tangga. Kami bersorak gembira atas suatu pertemuan. Tidak semua yang sampai.Masih menunggu yang lain. Janjinya 8.30pg. Dimana mereka? traffic jam mungkin. Tolak tambah lebih kurang 9++ pg korum pun da cukup. Berangkatlah kami ke destinasi pilihan. Taman rekreasi seremban. Disanalah ianya bermula..


 Orang cakap, alang-alang berjemur biar rentung. Barulah rasa azab dunia untuk ingatan akhirat. Pertemuan ditepi tasik berteman hangat matahari disertai diskusi ilmiah dan luahan hati memberi satu impak yang berlainan. Yang mana perlu mendengar, memberi pendapat, menahan panas, bermelankolik semuanya diadun menjadi satu. Cukup menjadikan ia satu hidangan tengahari yang lazat. Diharap kawan-kawan merasai kelazatannya. Biarpun tidak setanding lazatnya burger A&W, jika ada sesuatu yang dapat dirasa pada pertemuan ini alangkah baik kan.Ditambah pula ada orang belanja burger A&W tu, lagilah sedap nikmatnya. Thanks yer Rasyid, sudah dibelanja dapat pulak ole-ole dari sarawak. Asyik, asyik..


Dalam pada sesi pertemuan itu, hati ini sering ingin bertanya lebih, perihal sahabiahku yang sorang ini. Tapi entah kenapa ianya hanya dihati tidak dimulut. Terasa ada sekatan disitu.Semoga dia, dia dan kandungannya sihat hendaknya. Mungkin dilain pertemuan kita berjumpa. Insyallah. Walaupun bulatan gembiraku tidak sehebat bulatan gembira yang lain, namun aku tetap bangga dengannya. Tak lupa juga kerja rumah yang perlu disiapkan. Mahu menulis summery kok payah sih.Akan ku usahakan hingga berhasil. Sabar ye,

Ya allah,dengarlah rintihan hambamu ini. Aku dapat rasakan betapa luasnya lautan ilmu-Mu. Aku hanya ada kurang setitis dari ilmu-Mu. Ya Allah aku bermohon, engkau berilah aku peluang untuk menambah ilmu-Mu. akan cuba kusampaikan ilmu itu kepada hamba-hamba-Mu yang lain agar mereka dapat mengetahui betapa indah dan adilnya agamamu.Ya Allah..

Tiba-tiba teringat pula respon sahabat, apabila secara spontan mulut ini bertanya..

Kita madu??..aku bertanya

"No..no.." dia menjawab dengan tegas.

"kalau dengan k.ipa ok.." lagi sorang menjawab..

Erkk..

..........

Kutiplah setiap perjalanan yang dilalui dengan hikmah..
Sesungguhnya dalam setiap perjalanan itu membawa 1001 makna kehidupan..

--THE END--








CONVERSATION

0 comments:

Catat Ulasan

Back
to top