Bila aku di'sound' oleh Nyah..

Gambar Hiasan

Assalamualaikum w.b.t

Scene ni jadi masa aku satu family g tengok citer ABUYA. Aku ada cita kat post yang lepas. Citer tu stat kol 7.30 p.m. So sementara tunggu citer start, aku and adik aku yang lagi 3 orang ni dibekalkan dengan RM50 setiap sorang wat beli jajan n pape lah yang kita orang nak oleh abang and kakak ipar aku. Pas settle usha barang yang berkenan kita orang carik port tok solat maghrib. Yela kan. Wayang, wayang gak, solat jangan tinggal ^^

Nak dijadikan cerita..seusai solat maghrib, kami turun la guna eskelator menuju ke panggung. Otw turun, adik aku pusing kepala dier tengok aku pasttu dier ketawe..Kehkehkeh..Aku da pelik da..Pas tu mata aku tertumpu pada 3 orang mamat nie, eh mamat ke minah ek? tak sure pulak..pakai blous tapi bila die cakap garau semacam je. Aku sengih besar la..

Tup tup..

" Kenapa kau ketawa ha...?! 

Sekali dier marah daa..disambung pulak dengan bebelan yang aku pun kurang pasti apa. Aku and adik aku pun wat dono jer time dia pass by sambil marah2 tu.Kang kalau dibalas jadi perang dunia pulak.. Bukanlah lah aku nak mengejek, jauh lagi nak menghina.

Macam tindakan riflex bila aku nampak aksi yang macam tu. nak sengih jer.Hmm.. paham sendiri la yer aksi ape.Lepas kjadian tu, tibe-tibe je rase x best. Yelah aku g ketawakan diaorg. Terngiang-ngiang kat kepala. Menyesal pon ada.Takut pun ada gak, tetibe diaorang bawak geng nak pukul aku. Tak ke nyaya aku.

Sepatutnya orang cam nie kena ditolong. Bukan dikutuk and dicaci.Tapi aku nak tolong dier cam mane? Ades! tepuk dah aku memikirkannye. Hmm, maby aku just leh doakan diaorang kembali ke bentuk asal. Acuan yang sebenar seperti yang azalinya. And harap ada la pihak yang bantu mereka. Mintak maaf kepada 'mereka' yang aku ketawakan. Mungkin time tu setan tengah cuba goda aku. Dan aku pun tergoda. Jahat la setan ni.

Peringatan juga wat sape-sape yang terase nak jadi seperti 'mereka'. Memang besar ujian yang allah bagi kat korang. Tapi sang besar lagi rahmat yang allah bagi kalau korang ikut pakej yang betul. Bak kata blogger Ibnu Hasyim,Memilih Islam bererti memilih sebuah pakej cara hidup Islam. Kita bebas memilih pakej yang kita mahu.Tapi bila sudah masuk pakej, kena ikut semua peraturan dalam pakej, tak boleh dalih-dalih lagi. Main-main keluar dari pakej (agama) pun ada peraturannya. Hati-hatilah.


Firman Allah SWT dalam surah al-Mukminun ayat 115:
Maka adakah kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu sahaja dengan sia-sia? dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada kami?

Jangan sia-siakan apa yang kita ada. Sebab tak sumer orang ada apa yang kita ada. So marilah kita bersyukur dengan apa yang kita ada ^^

Maaf kalau ada yang tersinggung. Aku hanyalah insan biasa yang ada khilafnya..


CONVERSATION

0 comments:

Catat Ulasan

Back
to top