Azam atau Angan..

Assalamualaikum w.b.t

Sekejap lagi  tahun baru akan menjelma , 1 jam dari sekarang. Semua orang sibuk nak sambut kedatangan tahun baru masihi kan. Macam-macam cara dan gaya yang nak dibuat. Ada yang pakat ramai-ramai tengok bunga api, ada yang nak lepak maple tengok bola, ada jugak yang meraikan di restoran seafood bersama kawan. Tak kurang juga yang memenuhi jemputan ke event akhir tahun anjuran company masing-masing. 

Bagi aktivis-aktivis dakwah, ini adalah peluang yang baik untuk mereka meendekati mad'u masing-masing. Pelbagai cara dilakukan, bermula dari majlis ilmu, edaran risalah, hinggalah pembahagian kuntuman ros. Semua dilakukan dengan harapan agar fitrah islam itu subur kembali di hati insan bernama manusia.Bak kata hamba allah ini- Inginkan kalam nabi dipraktikkan. Alakullihal,semoga pengakhiran 2011 ini menjadi satu kayu ukur yang boleh membawa kepada penambahbaikan di tahun masihi akan datang.

Al-Ahzab [21] Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).

Seperti tahun-tahun masihi sebelumnya, rebranding azam pastinya akan dilakukan. Tak kira la atas dasar kesedaran diri atau saranan pakar motivasi sekalipun. Yang pastinya ianya bertujuan supaya pada tahun akan datang, masing-masing mempunyai halatuju yang ingin dicapai. Tidaklah terpinga-pinga seperti melihat bunga api yang tidak memancarkan apinya. Hilang fungsinya.


AZAM

Kepada sesiapa yang bernama Azam, aku bukanlah mahu bercerita mengenai kamu. Azam yang dimaksudkan ialah kemahuan yang aku mahu capai. Siapa? Akulah. Ya aku, bukan dia, kamu mahupun mereka. Aku tahu dia,kamu dan mereka masing-masing mempunyai azam. Aku doakan semuanya berjaya dalam mengejar kemahuan yang mereka cita-citakan.Tapi ada sedikit saranan, azam juga perlu seiring dengan ilmu, barulah usaha untuk mecapainya berganda dan tidak hanya omong kosong semata. Seperti api yang dicurah petrol, semakin marak. Begitulah semaraknya azam diiringi ilmu. Wah! macam pakar motivasi pulak aku nie.

 Tinggalkan dahulu pakar motivasi. Azam pula aku jejaki. Aku kutip segala kelemahan di tahun 2011 dan tahun-tahun yang lalu, untuk membina azam ditahun hadapan. Aku mahukan diriku..
  • Mulakan azam baru di tahun islam. Aku memang tak pernah buat sebelum ni. Selalunya masuk je 1 Muharram just baca doa akhir and awal tahun jer. Nothing. Bila masuk tahun baru masihi baru nak cerita pasal azam. Tak salah pon, cuma aku nak biarlah ia dimulai mengikut fitrahnya.
  • Sentiasa mendahulukan minuman 'air jarang' dari air manis dan makan mengikut waktunya.1.5 liter sehari perlu diminum. Nampak mudah kan. Mudah bagi mereka tapi sukar bagi aku,Kerana aku penggemar minuman manis dan makan tidak mengikut waktu.
  • Upgrade aku nyer mutaba'ah amal. Kata mudah checklist amalan. Aku nie tak de la baik sangat. Cumanya aku nak jadi orang yang boleh melipatgandakan amalan secara istiqamah. Sebabnya sekarang ni aku nye amalan sangat ciput. Aku pun tak nak sia-siakan peluang ke-2 yang Allah bagi aku idup kat dunia ni.
  • Januari depan aku akan jadi student semula. Kat MIAT dalam kos Pengurusan Penerbangan.So, aku nak dapat result yang baik. Baik tu berapa? at least 3.5/4 .
  • Naikkan berat badan 5 kg lagi. Woha! Sebab sebelum nie da hilang 7 kg, pastu dapat naik 5 kg smula, kemudian hilang semula 3 kg. Semuanya gara-gara makan tak tentu.
Orait, itu je la dulu azam aku wat masa nie, doakan semuanya berjalan lancar ye. Harap-harap kurang la nafsu dan setan yang menghasut aku. Istiqamah itu susah 'bhai'. Ianya hadir pada orang yang berazam. Kita beerazam untuk memastikan hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini. Selamat menunaikan AZAM semua.

Tetibe teringat lagu azam-berazam yang popular masa kecik-kecik dulu. Azam-berazam membina seribu bangunan , mendaki puncak kemajuan....





31 Disember, 6 Safar
2011 masihi, 1433 Hijrah




CONVERSATION

0 comments:

Catat Ulasan

Back
to top