Secret Garden


Assalamualaikum w.b.t

Tentunya tajuk kali ini bukan berkisar tentang cerita dari drama bersiri korea 'Secret Garden' yang hit setahun yang lalu. Gimik jer tuu.Tetapi ianya lebih berkisar tentang sebuah angan-angan dan impian aku dalam mewjudkan suatu taman maya yang dimana didalamnya terisi seribu satu macam perkongsian karaktur diri, pendapat, cerita, masalah or apa sekalipun. Kata kunci utama adalah 'SHARING'. Masih tersemat di dalam dada ini akan satu ungkapan yang penuh makna - sudah menjadi sunnatullah SHARING itu membawa kepada pembentukan UKHWAH. Sebagainya yang disebutkan dalam mafhum hadis, seorang muslim itu menginginkan apa yang terbaik miliknya kepada saudara muslimnya. Konsep yang dinamakan di dalam Islam sebagai Itsar, kemuncak ukhwah didalam Islam.

Yup, itulah subjek yang ingin diketengahkan. Alangkah syok lagi bestnya jika dapat berkongsi segalanya disini. Alam dimana ianya menghubungkan seluruh manusia di seantero pelosok dunia dalam satu wadah yang diberi istilah 'internet'.Kenapa begitu?. Kerana disinilah aku mengikuti perkembangan kawan-kawan yang lain. Sikap ak yang agak malu untuk bertanya khabar dek kerana sudah lama dan ketiadakmahuan  untuk menyapa menjadikan facebook, blog dan twitter wadah terbaik untuk mengupdate perkembangan mereka.

Sharing is Bigger than Fans, Friends and Followers


Adalah menjadi impian dan angananku untuk sama-sama dengan kawan-kawan yang mempunyai blog untuk sama berkongsi cerita, meninggalkan jejak di blok-blog yang disinggah, memberi komen pada posting, menerima komen di blog dan tidak ketinggalan adanya follower yang banyak di blog. sendiri. Nak dipendekkan ayat seperti berukhwah di alam maya. Hmm..sounds greats! Dan yang paling penting orang yang baca blog ni dapat sikit input berguna. Tak ada la sia-sia baca cerita tah pape.And not least, keinginan untuk menghasilkan penulisan yang santai dan tidak terlalu berat untuk dibaca menjadikan ia sebuah taman yang menarik dan i feel satisfied for that. Ahah!itu adalah salah satu aku nyer benchmark. Kalau orang bace tu happy je..^^..tak happy pon, orang tak sakit hati la.

 Tetapi, But, hajiman , lekin ...

Kadang-kadang timbul rase bersalah bila keputusan untuk memprivatekan blog dari tatapan umum dibuat. Teringat kata-kata dari somebody, dia kata 2 perkara yang perlu dilihat dalam urusan kehidupan seseorang yang bergelar muslim , iaitu cara dan tujuan. Kalau baik caranya dan tujannya maka jadi amalan baik lah ia. Tapi kala baik tujuan tapi buruk caranya maka amalan itu dinilai salah. Contoh yang mashur  boleh dirujuk ialah Si Robinhood yang mencuri untuk menolong orang. Cara yang salah. Segala langkah untuk tujuan itu dinilai berdosa. Oleh itu, setiap individu itu perlu untuk memastikan tujuan dan cara dalam beraktiviti itu baik dan halal. Aku tak ade la buat salah..Hmm..

Mungkin aku adalah seorang yang pasif dalam berukhwah. Mencari cara dan jalan terbaik untuk terus berhubung dan berkongsi membawa tercetusnya satu taman rahsia yang menunggu masa untuk diexpose untuk tatapan umum. Semoga aktiviti menanam di taman ni membuahkan hasil yang boleh dituai oleh pembaca yang lain.Masih lagi mempertahankan status 'Secret Garden'.

CONVERSATION

0 comments:

Catat Ulasan

Back
to top