Kematangan mahasiswa dinilai


"Baru-baru ini setelah Seksyen 15 AUKU 1971 dipinda, Mahasiswa yang berumur 21 tahun ke atas dibenarkan berpolitik."


 
Ini adalah dari petikan akhbar tempatan. Mungkin ini antara komen yang akan diterima..

" AUKU?..Aku tak campur politik nie. Masuk U nak belajar bukan brpolitik"..kata Mahsiswa cemerlang

" Nah..amik kau, nak sangat kan mansuhkan AUKU.Betapa prihatinnya kerajaan dalam memahami aspirasi rakyat dan (menunjukkan) bagaimana kami mendengar suara mahsiswa.."..kata pro- kerajaan


"Ini mesti ada agenda tersembunyi ni, PRU 13 kan dah nak dekat. Nak pancing undi la tu.."..balas pembangkang

" Smoga anak aku berjaya dalam pelajaran..dapat jugak tolong waktu tua nanti.."..kata ibu kepada Mahasiswa

"..dah nama pun penykong  pembangkang...bagi peha nak betis...bagi betis nak badan pulak..mereka akan terus mengkritik kerana mereka tak reti bersyukur...kalau pelajar UiTM pembangkang lagilah malu! Tak sedar diri for biting the hands that feeds u.."..dari mahasiswa yang emosi



Gambar ni tak ada kena mengna dengan post ni

Sejak nak jadi Mahasiswa nie tetibe pulak sibuk pasal AUKU nie..pening kepala la kalau baca..Adeh!.. Bila baca yang sini macam betul, bila baca pihak sana betul gak..Itulah penangan jaingan tanpa sempadan. Segala pandangan dan kritikan perlu dikaji tanpa diterima bulat-bulat. Kata Mahasiswa. Apalah guna 'Maha' pada siswa itu kalau akal dan pertimbangan tidak digunakan sebaiknya. Sebab tu mahasiswa ni ibarat, pemuda zaman sekarang pemimpin masa depan (syababul yaum rijalul ghod). Kalau pemuda tak betul, maka mengonglah negara akan datang

Ada orang tulis yang Mahasiswa nie sepatutnya tak perlu terlibat dengan politik. Tujuan masuk kampus untuk belajar dan dapatkan segulung ijazah dengan cemrlang. Then tolong ibu ayah. Ada juga yang cakap dalam kehidupan seharian pun kita tak lari dengan politik, kenapa perlu avoid. Ianya adalah satu platform untuk menyuarakan pendapat. Ditambah lagi dengan hembusan dan bisikan mengatakan politik itu mainan pemerintah, adalah antara faktor membuatkan seseorang mahasiswa yang kurang pengetahuan lagi malas mencari seperti aku terpinga-pinga dan tekebil-kebil dek campuran idea dan maklumat dari pelbagai pihak perihal politik.



Sape yang salah? Salah ibu mengandung ke? Sama-sama renungkan. Apa pun awas! Jangan keliru antara politik, kepartian dan sentimen kepuakan. Apa yang dikata politik tu ialah mendidik manusia hidup berperaturan atau dalam bahasa lain memelihara agama dan mengurus tadbirkan dunia dengan agama. Meletakkan sesuatu pada haknya. PM kita ada cakap..disebabkan kita nie dah 21 tahun, so tahap kematangan tu dah jadi ranum yang membolehkan kita berpolitik. Tapi bila sebut je politik, sumer panik.Meleleh peluh jantan keluar.Why?

Kat sini lah kematangan mahasiswa dinilai 360 darjah. Apa ada pada nilai politik? Politik sebagai amanah, politik sebagai tanggungjawab, politik sebagai ammar maaruf nahi munkar atau bangkangan semata-mata. Tiada siapa yang menghalang apa persepsi korang tentang politik. Tapi nilailah sesuatu itu berasaskan ilmu supaya ianya bermanfaat bukan hanya pada negara, tapi pada keluarga dan anak-anak dan di semua peringkat hidup.So kepada mahasiswa, what's will u do?..A chances have been given..

Tulisan ini tidak ada kena mengena dengan pembangkang or pro kerajaan. Juz pandangan dari budak yang keliru mencari tahu.Pecah kaca pecah gelas, Salah kata harap maaf. Macam tak kene je pantun nie..Abaikan~~

Marilah-mari kita mengundi,
Jangan lupa kewajipan pada negara...lalala


CONVERSATION

0 comments:

Catat Ulasan

Back
to top