Dari Cerita Mencari Berita...


Mohobattein, Kuch Kch Hota Hai, Dilwale Dlhania Hum Lejainge, Dil To Pagal Hai dan Taal adalah antara cerita Hindstan yang aku suka satu masa dahulu. Cakap je lagu apa,pasti lancar untk aku mengalunkan lagu di dalam filem-filem tersebut.Chewahh! Belagak la plak. Tapi memang tak tipu. Disebabkan minat yang mendalam pada cerita Hindi nie, sanggp aku habiskan masa 2-3 jam depan tv. Menari tarian diaorang dengan adik and kakak, lagi best, aku kongsi minat yang sama dengan jiran sebela a.k.a sedare aku, Cik Murni. So dia la selalu beli cd hindstan nie. Ape lagi , aku pon tumpang sekaki la. Pinjam cd-cd dia.

Nak dijadikan cerita, bapak aku bengang agaknya ngan perangai aku yang asyik ngadap Hindustan nie. Sampai satu masa time Mesyuarat PIBG kat sekolah, ade sesi share masalah ke ape tah, dier pegi cerita pasal aku yang bermasalah obses ngan filem Hindustan. Peh! malu teramat la time tu. Rase nak gali lubang sumbat je kepale dalam tanah then timbus. Macam burung kasawari. Tapi semua tu dah berlalu, cerita hindustan sekarang tak macam dulu. Keaslian dah tercemar dengan tarian yang seksi meksi. Pastu lagu dia pun da tak ada sangat ciri-ciri ke'bollywood'an.Dah sama je macam Hollywoood. Tak best.


Lepas slow pasal Hindustan, aku mula beralih arah pada cerita and lagu Taiwan pulak. 5566, S.H.E, Wilber Pan, Wang Lee Hom, F4 dan Jolin Tsai mula menyerang aku. Tapi sekejap je rasenya, time mula masuk sekolah menengah,pas tu tuka plak taste. Korean Waves. Huhu^^..Yang nie paling dashat. Siap pegi jumpa artis korea lagi si Kim Hyun Joong (KHJ), Leader kumplan  SS501.Tak pasal-pasal jer. Gara-gara minat yang tak tentu pasal. Membazir la jugak duit aku dalam RM100++ sebab nak jmpa dier. Pengalaman yang tak lupa bila aku pakat ngan kawan aku, Anis ngan Yana tok pakai baju jubah all black mase jmpa KHJ.Tak sume plak pandang semacam. Siap ada orang amik gambar kitaorang lagi. Rasenye repoter. Terase femes la kejap.Tapi aku lagi minat boy band dari girlz kat korea nie. Coz the grlz macam seksi sangat jer. Tak berkenan plak. Kecuali my fav. singer IU.

Jubah yg kita orang pakai

Yana, Anis, Aku


Dan sampai sekarang aku still minat korea. Maby kurangnya band dari kalangan artis Inggeris menyebabkan kmp dari korea ni naik. Kalau dulu ada N'syns, backstreet boys, Boyzone and Spice Girl. Sekarang dah tak ada and faktor kekurangan ni la yang menyebabkan korean band diterima. Pendapat aku la. Orang lain tak taw plak caner.

Bila difikir-fikir dan dikenang balik, macam poyo jer ape yang aku da buat dulu. Kadang-kadang kelakar jugak. Well, everyone have their own memory. There’s no disappointment in memory, and one’s exaggerations are always on the good side. Kenangan dulu boleh dijadikan iktibar jika ianya ssesuatu yang buruk dan dijadikan contoh jika ianya sesuat yang baik.Dan boleh jadi cerita untuk cucu cicit akan datang ^^. Ok, Tolak tepi dulu citer pasal kenangan dulu-dulu, fokus pulak pasal apa yang jadi 2 minggu lepas.


 2 minggu yang lepas, still dalam mood hindustan. Masa tu tengah sibuk masak laksa sempena Raya Aidiladha . Aku ada la tertengok satu cerita hindustan ni. Tajuk dier Taare Zameen Par atau dalam bahasa lain Star on Earth. Filem yang tercalon dalam 17 kategori di Screen Award. Cerita nie Aamir Khan nyer production yang buat and Aamir Khan pun belakon gak dalam citer nie. Citer nie pasal budak kecik yang ada masalah dalam nak belajar. Bila dier nak menulis or bace macam-macam imagenasi yang datang. Huruf-huruf terbang la, huruf tu jadi labah-labah la, ada naga la. Macam-macam imagenasi yang kuar. Sampai satu tahap dier asik kena marah ngan cekgu dier sebab markah dia slalu rendah and fail. Kesan dari tu dia terus tanak belajar. Nak cerita panjang pon tak guna. Better korang bace kat blog ni. Dia ada la ulas pasal citer ni.

Apa yang menarik minat aku dalam citer nie ialah pelakon dier. Bukan budak kecik tu, tapi Aamir Hussein Khan or name komersil Aamir Khan. Dier la direktor tuk filem nie. Dan juga beberapa filem Hindi yang lain. Base on pengalaman aku meminati hindstan ni. Filem yang si Aamir Khan produce nie lain dari yang lain. Tak ada sangat unsur cintan cintun. Lebih memberi pengajaran dan kesedaran pada masyarakat.

Famous people with dyslexia
 Contohnya dalam filem 3 idiot , Taare Zameen Par dan Lagaan. Memang best citer-citer nie.Kalu tak caye try tengok. Time tengok citer Taare Zaamen Par ni la baru aku taw rupa-rupanye selain Abshiek Bachan, ada ramai artis Hollywood dan orang yang berjaya menghadapi masalah dyslexia nie. Semuanya hebat-hebat belaka. Nak taw sape? Antaranya Tom Cruise, Orlando Bloom, Salma Hayek, Keanu Reeves dan tak ketinggalan Pablo Picasso pelukis terkenal.Nak taw banyak lagi leh jenguk sini.


Symptome

 Huh, tak pasal-pasal citer pasal Aaamir Khan. Bukan lah aku nak agungkan sangat mamat nie. Tapi aku suka care dia pikir and buat keje. Enjoying every single thing. 

''My choice of films is governed by my heart and instinct I’m not governed by what the market demands,when I’m reading a script, I react to it as a member of the audience if it excites me, I want to do it.”-Aamir Khan
 
End of the story. Kesimplan yang boleh dibuat, posting kali nie adalah hanya berkisar hiburan semata-mata. Tak berilmiah dan diharap aku dan semua yang rase ada sikit kena tempias macam aku, bawak-bawak la bertenang. Jangan dok asyik sangat ngan benda-benda macam nie. Bukan boleh tolong masa kita susah pon. Nak berhibur tu boleh, tapi berpada pada la ea. Sebab every time aku tengok penyanyi korea kat tv joget (gurlz group) aku mesti teringat satu benda. 

Makin ramai penyanyi wanita yang ntah pape ni muncul , macam da nak kiamat je dunia . Mngkin ya, tanda-tanda kecil dah ada. Tak sedar-sedar lagi ke kak oi!(refer pada diri sendiri). Alakullihal, kita dah diberi akal yang baik, tak sakit dsylexia or gila. So gunalah akal tu dengan adil dan betul. Sebab ianya penentu kebaikan dan keburkan yang kita buat dengan izinNya.Dan carilah ilmu sebagai langkah untuk mengoptimumkan akal.

Wallahualam..

CONVERSATION

0 comments:

Catat Ulasan

Back
to top