ABUYA filem paling teruk?



"Berapa bintang nak bagi..." soal mak.

"2 bintang kot.." jawab abangku.

" tak ada bintang la.." kata abah memecah kebuntuan.

Terbahak-bahak kami sekeluarga dengar ayat yang keluar dari mulut abah. Hahaha..tersangatlah benar apa yang abah cakap tu. Kalau tak caya pergilah tengok sendiri. Kompem korang akan terasa panggung wayang tu korang yang punya. Mana taknya, cuma kitaorang ber 8 sefamily yang tengok citer tu. Adik aku siap boleh kentut lagi dalam panggung tanpa rasa malu dan segan. Bau dier macam paeng..tapi apakan daya hanya kami yang menghadapinya..

Demi merealisasikan harapan dan impian mak aku, kami sekeluarga ikutkan je la sama-sama nonton filem ABUYA nie. Sampai skrg aku tak pasti kenapa mak aku nak sangat tengok citer ni.Filem nie cerita pasal ajaran sesat yang dipimpin oleh Abu Zakaria yang bertemakan kesesatam melangkawi batasan. Malas nak citer panjang. Tak der feel nak citer. Nak taw lebih klik sini

Apa yang aku boleh komen, 1 intro dier macam filem lucah pon ada. Tak ada adegan tu pun tak pe kot. Tak perlu. Aku tak pasti la pasal ajaran yang Abuya bawa ni macam mana..betul ke macam apa yang digambarkan dalam filem nie..tapi apa yang citer ni tunjuk macam citer ayah pin pon ada. Minum air kaki si Abuya ni la..Pas tu masa scene polis datang serbu markas diaorang macam lawak jer. Tak ada qualiti langsung. Macam nak tak nak jer wat filem..Haish!..Bak kata adik aku yuni ,standard filem cerekarama kat tv3. Lagi bagus kot citer cerekarama.Tapi disebabkan Faizal Hussein yang berlakon aku tengok gak la sampai habis. Hee.

Nasihat buat pembikin filem ni. Kalau boleh janganlah buat filem hangat-hangat taik ayam jer. Jalan cerita pun kabur. Mesej yang nak disampaikan macam tersasar kelaut jer.Motif filem mesti lah nak mendidik dan beri pengajaran. Watak jahat perlu diseimbangkan dengan pembalasan yang sewajarnya. Digarap lagi dengan skrip yang hebat. Baru la best . Teringat citer pasal ajaran sesat keluaran Indonesia yang aku teengok dulu. Tajuk dier Mengaku Rasul.Citer tu seswai sangat la tok aku compare ngan filem Abuya nie. Tak caye g la tengok 2 filem nie and comparekan.

Gossip before end my story. Pelakon filem nie tak dibayar mengikut apa yang telah ditetapkan. Apa kes? Filem kelaut gaji pelakon kelangit..

Filem paling teruk aku penah tengok..Abuya..Macam tak caye bila at the end of the story dia ada mention akan ada sambungan Abuya 2..Biar betul...

Lepas nie aku nak suggest mak aku tengok citer Mengaku Rasul pulak. Mesti dia suke..^^


CONVERSATION

1 comments:

Catat Ulasan

Back
to top