Video of the Month-Oct

video



Actually nie bukan video klip yang sebenar..yela, takkan la video org pakai stokin kat telinga ni leh jd MV lagu nie....tapi carik2 x jumpa pulak video yang malique n m.nasir nyanyi..rasenye deorang x der wat video klip tok lagu nie kot..walaupun lagu nie da lama, tapi aku suke sgt ngan lirik yg deorrang nak sampaikan..Mula-mula dengar x paham..dengar lagi..pastu x paham gak, dengar lagi..pas tu dengar lagi..sampai la dah tepu..pon tak paham-paham..ishk..nak kate orang korea..kulit itam..tapi x paham gak...papepon nie la lirik lagu tok VIDEO OF THE MONTH(walaupun lagu nie dari tahun 2008)..fahamkanla yer~~



Masih belum sempurna...


Gerakkan Hati... Hati gerakkan...
Pandanglah aku... aku lah dia...


Kulitku tebal... ku kebal... ingatku kebal...
Hanya berbual makan angin kembung perut mual...
Resah dan tidak senang... hidup tak pernah lenang...
Ku schizo paranoia takut pecah tembelang


Pecah tembelang... peta dah hilang...
Bangau dah pulang... suara sumbang...


Lidahku kaku tak selicin kuku
Teman baikku buku
Bini ku pena... tak pernah lena
Aku suka mengintai pantang ditenung
Berakhir pertelingkahan dalaman
Pasti belum


Ikut gerak hati... pena melayang
Dilihat dua layang pandang
Tak lah segarang
Takat meradang
Tanya... abang gedang, apa barang?
Badan macam badang
Main acap belakang parang

Kuhunuskan keris musuh ada pistol
Tradisi kekalkan adaptasi harus betul
Tujuh baris keramat tujuh garis penamat
Baik berpada biar jahat asal selamat


Ramai saudaraku yang baik telah dipijak


Awan mendung yang berarak
Bawa tangis bawa resah
Rebah rindu yang terkumpul
Semua birat dan kalimah
Semua janji yang terikat
Lebur disisimu


Yo ijazah terbaik datangnya dari jalanan
Dari pengalaman bercakap dan bersalaman
Konflik motivasi cuba medatasi
Positif dan benci jadi inspirasi pagi


Peduli itu interpretasi basi pekakkan sebelah
Halang biar keduanya muka cantik
Soalan bodoh yang ditanya jadi melodinya
Lebih hina dari zina
Lu bikin dosa ku bikin prosa
Testosterone testarosa
Citacita sosa kl kl kosa nostra
Jalan berliku ku harung roller coaster
Gah sentosa tiada penyesalan
Luas pandangan jauh dah berjalan
Tak sempurna masih ada kejanggalan
Gagal merancang, merancang kegagalan


Awan mendung yang berarak
Bawa tangis bawa resah
Rebah rindu yang terkumpul
Semua birat dan kalimah
Semua janji yang terikat
Lebur disisimu


Kucing bawa tidur rimau bawa igau
Masuk tempat orang bawa otak bukan pisau


Naik bukit angkuh cakap ayah jangan risau
Turun bukit pucat dengar tiga miaww
Kucing bawa tidur rimau bawa igau
Masuk tempat orang bawa otak bukan pisau


Tolak pintu gua tiga kerat tenaga
Kosong tak dijaga sampai datang tiga naga
Ingat nak berlaga tapi tak kan boleh menang
Menang dengan otak tak mesti dengan pedang


Sebelum jadi naga ikan koi renang renang
Pura pura salah jawapan untuk naik berang
Panggil lima kawan atau biar pergi laju
Risaukan pekara remeh kita tak akan maju
Muka sama hijau hati siapa tahu
Merah dah menyala pasti mati siapa mahu
Gagap tiga kali bercakap benar saja
Bulan terang ramai yang keluar buat kerja


Panjat pokok buluh cari tukun air terjun
Naik sampai nampak dah terpegun turun
Tiga ular ikut lompat atau paut
Kalau lari mati jika jerut maut


Awan mendung yang berarak
Bawa tangis bawa resah
Rebah rindu yang terkumpul
Semua birat dan kalimah
Semua janji yang terikat
Lebur disisimu


Puisi hati mu... hati mu puisi
Palu hati ku palu hatiku


Kulit tak besalin walau saling ganti baju
Pandang sini pandang sini
Ku berbahasa baku kata kata nahu
Himpun jadi satu
Mantera beradu dengan irama dan lagu


Akhirnya sempurna...

 Ok..dengar lagu sudah, bace lirik pu sudah..ada paham??..ape yang si Malique n M.Nasir ni bebel?..Macam-macan tafsiran dan interpretsasi yang aku bace dari penduduk Malaysia..and kita boleh tengok la apa yang deorang komen sama macam lirik lagu nie..Hanya berbual makan angin kembung perut mual..Hehe..jgn marah..

Antara tafsiran dan pandangan yang deorang buat

1. Lagu nie citer pasal  geng kongsi gelap, puak-puak PEKIDA dan geng 30,33, 36,70, 3line (aku pun x taw pe). Diaorang cakap lagu nie dak-dak pekida nyanyi, kebanyakn pntun dqn lirik dlm lagu ni merupkn signal atau bhasa isyarat yg dgunakn dlm kongsi gelap. Wallahualam...

2. Ade yang mentafsir lagu ni tentang pelajar perempuan bawah umur yang dah terlanjor (refer lyric pecah tembelang peta dah hilang bangau dah pulang suara sumbang)

3. Ada juga yang mentafsirkan bahawa lagu ni berkaitan degan perjuangan Bangsa, Agama dan tanahair.

4. Pasal Politik dan sindiran terhadap keajaan, sindir Pak Lah, sindir orang Melayu.

5. Ada juga yang kata lirik nie adalah pantun lama yang kita x pnah blajar or dengar, pantun cina

6. Lagu tentang baju..baju?? aku pun x taw baju ape yabg deorang maksudkan..maybe ada sangkut paut ngan no 1..haha macam-macam

Walau pape pon interpretasi yg dilemparkan, ianya hanyalah pandangan masing-masing. Kredit boleh diberikan atas usaha pengkarya lagu ni atas susun atur lirik dan mesej yang ingin disampaikan..mungkin lain orang lain yang difaham..

Bagi orang yang macam aku nie akan cakap lagu ni lebih menceritakan tentang nilai yang ada pada diri seseorang. Aku tak refer mana-mana bangsa or puak. Mungkin karekter yang diceritakan dalam lagu ni..sedikit sebanyak menceritakan realiti yang berlaku di zaman ni.Zaman yang mungkin boleh dikatakan kurang nilai atau kata lain sebagai muslim..Sunnatullah..banyak persoalan yang membelenggu otak nie..tapi sejauh mane kita letakkan nilai dan harga Islam dalam diri ?Ianya  terletak pada attitude and perilaku kita. 

Haish..ape pon, hope korang enjoy la yee lagu nie. Sunatullah dalam berkarya akan hasilkan suatu yang spectacular. Thanks..

         
       "Mematuhi hukum syariatullah dan sunnatullah itulah bukti kita beragama."

CONVERSATION

0 comments:

Catat Ulasan

Back
to top